Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Inila Jadinye Bila Dah Ngantuk Sangat


Ontheway balik dari event bifday party twin di Puchong.
Tiba-tiba senyap je kat belakang.
Rupa-rupanye adha dah lelap.
Dalam keadaan terduduk.
Dah sampai rumah pun tak bangun.
Biarkan dalam kereta sampaikan dia bangun sendiri..

Gugur Jantung Mama :-(






Hari-hari macam ni kat rumah.
Luruh jantung mama bila situasi begini terjadi. 
Umpan barang lain tetap jugak nak berebut.

Khamis

Beginila Keadaan Anak-Anak Time Makan

Promosi Cloth Diapers

Kawan-kawanku yang berminta nak memakaikan anak anda dengan Cloth Diapers???
Umi ada wat jualan CD secara kecil-kecilan(modal tak banyak lagi).
Kalau berminat klik link di bawah yea.



Ambik banyak boleh murah lagi...

Strip Wash Cloth Diapers

Hari nak kongsi tips lagi berkenaan CD. Bila CD kite dah mula bocor(leaking), daya serapan dah makin kurang makanye kite kenala wat stripwash.

Tujuan stripwash ni adalah untuk mengembalikan daya keserapan CD. Terutamanya CD yang dah lama kite pakai. Cara-caranye di bawah ini:


Hanya dilakukan sekali-sekala
Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan minyak terkumpul dipermukaan insert.


Cara 1

1 .Isikan baldi dengan air panas (cukup untuk rendam cd)
2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan (apa-apa jenama pun boleh)
3. Gosokkan permukaan dalam (fleece) dengan tangan beberapa kali.
4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
5. Begitu juga pada insert, buat dengan cara yang serupa
6. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
7. Jemurkan dibawah cahaya matahari






Cara 2

Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah 
melakukan strip diaper. iaitu untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg
terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg melekat yg selalu digunakan

Cara strip
1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air
2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit
3. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)
4. Bilas dan keringkan. anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan






koleksi CD ku

My Twins Dah 10 Bulan 15 hari...


Gambar jela boleh???
Cer teka mana satu adik dan kakak?







Rabu

WW- Almari Baru




Noted: Baju anak2 dah makin banyak makanye mama belila almari besar satu...

Nak Kongsi Tips { Cara Membasuh cloth Diapers}

Sejak umi menggunakan cloth Diapers aka CD, makin banyak tips umi dapat dan amalkan. Terutamanya dalam proses pembasihan CD.

Sebenarnye takla cerewet sangat pembasuhan dia. Masuk mesin je kan. Dah siap sidai bagi kering dan gung. Cuma yang cerewetnye ialah dalam penggunaan sabun pencuci. Bukan sebarangan sabun boleh guna. Softener pun tak boleh.

Apatah lagi memeberus CD. Ini akan merosakkan CD anda. So, kat sini umi nak kongsikan cara bagaimana membasuh CD anda:

Penggunaan kali pertama

1. Lakukan prewash sekurang-kurangnya 3 kali basuhan.Ulang langkah kedua dan ketiga dibawah.
2. Sebaiknya rendam dalam air suam selama 2-3 jam utuk meningkatkan daya serapan insert
3. Bilas,spin dan jemur di bawah cahaya matahari. 


Basuhan biasa (penggunaan harian)

1. Keluarkan insert dari pocket CD.
2. Buang segala stool ke dalam mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
3. Pancutkan dengan air yang deras bagi menanggalkan kesan poo pada bahagian fleece.
4. Bilas CD dan insert yang terkena pee.
5. masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut,pewangi @ peluntur.
(digalakkan menggunakan sabun yang hanya sesuai untuk lampin bayi sahaja)
6. Basuh seperti biasa samada menggunakan mesin basuh / basuhan tangan.
7. Sebaiknya masukkan CD ke dalam laundry net (untuk mesin basuh) untuk menjaga jangka 
hayat CD anda.
8. Sidai CD anda di bawah sinar matahari.Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya 
bagi memelihara warna CD agar tidak cepat lusuh.




Teknik basuhan (bagi insert yang sudah nampak kekuningan)

* Rendam insert dalam air panas selama 2-3 jam
* Atau perahkan sedikit air limau nipis dan biarkan seketika
* Atau letak sedikit soda bicarbonate yang dicampur dalam air semasa membasuh. 



Teknik ‘Stripping’ (bagi Cloth Diapers yang sudah kurang daya serap)

* Guna sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa untuk menanggalkan minyak.
* Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan
kotoran-kotoran halus.
* Teknik 'stripping' CD boleh dilakukan sebulan sekali.



Nota Peringatan

1. Jangan gunakan berus untuk menghilangkan kotoran pada CD anda.
2. Jangan gunakan ‘softener’ atau ‘bleech’.
3. Jangan gosok CD atau insert anda.








Dulu Kakak Kena Sekarang Adik -{campak keladi}

Alhamdulillah kali ni kembar tak sakit serentak. Dah mula berjauhan jarak sakit dorang. Mungkin dari pembahagian uri masa tanam hari tu kot.

Hujung tahun 2010, si kakak kena serangan demam panas. Lepas je baik badan dia naik bintik-bintik merah / campak keladi. Tapi alhamdulillah tak seteruk adik. Umi dah agak pas baik demam mesti naik punya sebab adik je tak kena lagi.

Jangkaan umi tepat. Demam adik yang turun naik, naik banyak bila masuk malam. Nak dekat 39'c suhu dia. Merengek jangan cakapla. Main pun taknak banyak nak tido. Kesian kakak dok kacau adik time tido suruh bangun nak main.

muka adik yang dah bengkak..



Tapi, adik naik bintik merah dari bahagian muka pagi ahad tu. Ingatkan sikit macam kakak. Tapi tak malam tu,,muka adik sampai bengkak, mata jadi sepet. Dek kerana takut mungkin alergik, umi decide gi HTAR. Masa tu badan adik panas.

Dah sampai hospital dorang letakkan adik dalam zon kuning. Masa ni kakak tido dalam kereta. Umi masuk dengan adha je. Tunggu dalam tu sampai jam 3pg. Nak dekat kul 4pg baru keluar. Erm, kat sini dorang masukkan ubat bontot dan tunggu sama ada demam turun atau tak. Darah di ambik alhamdulillah darah takda jangkitan. So layan je la gambar adik kat hospital dan kerenah abangnye yang dok tak diam..



Sewaktu menunggu giliran

Baju kena bukak nak bagi panas turun.

Alhamdulillah panas turun dan makin aktif

Mengantuk...
Si abang yang cheeky...

Marah mama...

Berlari dalam bilik zon kuning


main turun katil sampai letih..
Alhamdulillah, hari ni adik dah makin pulih. Syukur ya Allah...

Jumaat

Gadjet Penting Bila Anak Demam...

Termometer ihsan dari pak google.
TERMOMETER. Inila gadjet penting harus ada apabila anak anda demam. Kenapa umi kata penting???

Bila anak demam kita harusla sentiasa pantau kepanasan badan anak. Macam umi dalam situasi sekarang. Kembar tengah demam panas. Bila malam je panas datang tapi siang dedar je badan. Umi kena check suhu tiap-tiap 4 jam.

Ubat demam harus diberikan tiap-tiap 4jam sekali. So kalau tiada barang di atas macam mana kite nak tahu anak kite demam suhu dia tinggi atau tidak. Macam mana pulak nak tahu anak kite masih demam atau tidak.

Termometer memang sentiasa ada di hujung kepala umi bila anak-anak umi demam. Tido tak lena tak apa la, demi anak korbankan masa tido untuk pantau suhu anak. Umi check tiap-tiap 4 jam. Setakat ni umi tak pernah try bagi ubat bontot walaupun ada simpanan dalam peti. Tak sanggup umi nak jolok.

Ubat bontot ni doktor pesan hanya guna bila suhu terlalu tinggi. Dalam 38'c keatas. Pagi tadi nak guna coz suhu kembar dah 38.6'c. Tapikan bila nak jolok masuk kembar dah menangis. Sakit kot. Erm, makanye ubat bontot masih elok dan umi gunakan ubat minum je.

Hari ni umi tinggalkan termometer umi di rumah pengasug. Suruh pengasuh pulak pantau keadaan kembar. Harap hari ni kembar makin pulih.

Khamis

Cara Nak Menghilangkan Cradle Cap or Taik Sawan

 Dulu umi pernah wat N3 tanya macam mana nak hilangkan cradle cap or taik sawan. Kalau tak ingat klik SINI.

Puas umi cuba mcam-macam cara. Sapu minyak, pastu cuci dengan sikat, pakai shampoo untuk hilangkan cradle cap dan macam-macam lagila. Tapi tidak jugak hilang.

Kebetulan pulak lepas je umi keluarkan N3 ni twin warded seminggu di hospital kena demam panas. Kat sinila baru umi tahu cara nak hilangkan benda ni.

Bila doktor pakar datang, dan bagi penerangan kat umi dan doktor praktikal, rupa-rupanye senang je caranye. Stop pakai shampoo. Insyallah hilang.

Umi buat apa yang doktor cakap. Selama twin warded kat situ selama 5 hari umi tak pakai langsung shampoo takpun sabun. Just bagi mandi macam biasa je. Biarla tak wangi pun. Lagipun masa tu twin umur 4bulan mana ada bau peluh lagi.

Alhamdulillah dengan usaha tue cradle cap/taik sawan kat kepala kembar hilang. Cantik je kepala. Rambut pun naik banyak. Kalau ada cradle cap ni rambut lambat sangat tumbuh.

So kepada kawan-kawan yang mengalami masalah seperti umi, cubala cara umi ini. Insyallah akan hilang.

Rabu

Nilai Wang Zaman Sekarang



Apakah yang dapat di beli dengan nilai di atas?
Berapa banyak barang yang dapat dibeli dengan nilai di atas?
Berapa lamakah nilai di atas mampu berada dalam simpanan anda?


*** Noted: duit zaman sekarang mcm biskut. Tak sedar bila habis.

Hujan + Panas = Sakit

Gambar 2 minggu lepas.
Erm, bila musin yang sentiasa berubah-rubah. Sekejap panas dan sekejap hujan makanye umi yang naik risau. Bukan apa faktor kesihatan kembar umi cukup risau bila cuaca yang berubaha-rubah ni.

Bagi orang yang belum tahu, kembar mengalami masalah kesihatan di mana bila sejuk sikit takpun musim hujanla, kembar akan start batuk + selsema. Sampai satu tahap baik biru mukanye. Kembar ada asma yang mula disedari di usia 4 bulan.

Bila dah  mula start batuk mamanye bersengkang mata dah 3 malam tido tak lena. Pantau batuk dorang. 4 jam sekali bagi inhaller. Penat??? Tidak tahu nak bercerita bagaimana. Menjaga anak sendirian tanpa bantuan en suami di sisi.

Hari ini, hari ke-4 kembar batuk dah berkahak. Bunyi makin kuat. Malam tadi gi klinik kena ambik nab. Hari ni akan diteruskan sesi ambik nab. Kalau tak jalan malam nanti kena gi hospital. Adoila, nak...

Harap-harap kembar makin sihat. Mama taknak anak-anak mama masuk wad lagi. Biarla kenangan 2011 saje masuk wad. Tahun ni harap tiada lagi episod di hospital.

Isnin

Jom Kite Kira Berapakah Wang Kita Labur Dalam Pembeliaan Lampin Pakai Buang...

Tu dia, tajuk panjang berjelar-jelar untuk N3 hari ni. Bukan apa umi nak berkongsi sedikit info yang umi tau dan umi dah amalkan dalam kehidupan umi sekarang untuk menjimatkan wang saku tiap-tiap bulan.

Yea, biarla orang nak cakap umi kedekut bab perbelanjaan keperluan anak-anak. Hanya tuhan yang tahu betapa pentingnya wang dalam kehidupan umi yang sederhana tambahan lagi sejak ada twin. Apa yang umi boleh jimatkan umi cuba jimatkan.

Dulu, memang umi tak kisah menggunakan lampin pakai buang buat anak sulung umi. Tak kisahla jenama apa-apa pun. Tapi sekarang, sejak ada twin pampes saiz M jenama apa pun hanya tahan 2 minggu. Uik memang azab umi rasakan. Maknanye lagi dengan lampin pakai buang adha Saiz XL dan susu lagi.

So umi decide nak pakai CD(Cloth diapers). Memang berbaloi. Memang mahal harganye. Paling murah Rm25.00 satu. Tapi modal yang di keluarkan berbaloi-baloi. Memang tak rugi. Kenapa berbaloi??? Jom kite kira penggunaan coz lampin pakai buang yang kite guna!!!

Rm0.70 x 7= Rm 4.90
(harga minima sekeping DD x 1 minggu)

Rm 4.90 x 365 = Rm 1788.50
(duit yang kite gunakan untuk tempoh setahun)

Rm1788.50 x 3 = Rm 5365.50
(3 tahun tempoh paling minima anak menggunakan DD)

Banyakkan??? Boleh beli sebijik motor tak pun buat saving dalam bank untuk anak-anak kemudian hari. Jom kite kira pengunaan CD pulak berapa harga yang kite keluarkan...

Rm 25 x 20 = Rm 500
(untuk pengunaan dalam tempoh 3 tahun)
_ Ini harga yang umi keluarkan_

Lihat betapa jauh bezanye harga antara DD dengan CD. Pengunan CD bergantung kepada ibu bapa. Kalau nak tambah lagi koleksi terpulang. Tapi bagi umi 20 keping CD mencukupi untuk kegunaan  Twin buat masa ini. Ada rezeki koleksi akan di tambah.

Umi bekalkan 10 keping CD setipa hari di rumah pengasuh untuk kegunaan twin. Alhamdulillah buat masa ni memang 10 CD mesti balance 1 tiap-tiap hari. Bila balik umi terus basuh untuk kegunaan keesokkan harinye. Keletihan bila membasuh CD hilang melihat anak-anak comel memakai CD dan jimat wang poket.

Insiden Di Malam Tahun Baru..

Dah masuk hari ke-10 tahun baru..
Baru terhegeh-hegeh nak wat N3 bersambung sebelum ni.
Adoila, nak wat macam mana mood berbloging masih ke laut.

Okeyla, umi nak cerita tragedi yang menimpa anak sulung umi malam tahun baru.
Nasib baik tak ke hospital malam tue.

Apa yang terjadi???










JATUH TANGGA

Macam mana boleh berlaku??
Erm, mungkin kealpaan umi kot.
Tapi benda nak jadikan larang macam mana pun benda tetap berlaku.
Cuma kite boleh mencegah je.

Kejadaian ni bukannye berlaku di rumah umi.
Rumah umi teres 1tingkat je mana nak ada tangga.
Kejadian ni berlaku kat rumah adik ipar umi kat rawang.
Memang ada tangga.

Tak nafikan budak-budak bila jumpa tangga, uih memang excited.
Larang tak dengar.
Cakap sampai orang kata berbuih la mulut maknye dengarla kejap je pastu main balik.
Tambah pulak jumpa sepupunye.
Ramai kawan lagila excited.
Tak terkawal umi dengan kembar lagi.

Hari kejadian adik ipar ada buat event bifday anak bongsunye.
Ingatkan nak sambut sekali dengan adha la.
Siap tulis nama atas kek.
Tapi bila berlaku kejadian macam ni kek kemana adha kemana.

Alhamdulillah, adha cuma mengalami luka kecil di kepala.
Tidak berdarah cuma berjalur kemerahan.
Rasanye kalau tinggi lagi tangga berjahit jugak kepalanye yang comel tue.

Ingatkan lepas jatuh dia dah serik takpun nak tido.
Coz 1 hari tu dia tak tido langsung.
Tapi jangankan kata nak tido, melompat lagi adala.
Pukul 11 malam lebih baru dia  tido.

..... Nila kenangan tahun baru yang umi takkan lupa sampai bila-bila.....

Selasa

N3 Pertama Di Tahun Baru...

Salam. begitu lama blog umi kosong tanpa sebarang cerita. Alhamdulillah, hari ini umi telah kembali setelah beberapa lama menyepikan diri.

Di tahun baru semua mesti mempunyai azamkan. Yup! umi pun sama. Di antaranya malas dah nak memceritakan hal terlalu peribadi di dalam blog. Malas nak menyinggung perasaan orang lain bila membaca blog umi.

Di tahun baru ini, awal-awal keluarga umi di timpa insiden yang hampir meragut nyawa. Mujur Allah panjang usia anakku. Di lain n3 umi ceritakan insiden ini.

Okeyla, umi nak wat kerja dulu...