Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Apa Perasaan Korang Anak Korang di Bandingkan dengan Anak Orang Lain?

Umi ingat umi nak simpan tapi bila simpan hati umi sakit. Umi tak tau nak luahkan kat mana. Puas di simpan akhirnye semalam umi luahkan di Facebook dan hari ni umi nak luahkan di blog kesayangan umi.

Sebelum tue umi nak mintak maaf awal-awal kepada orang ini andai dia terbaca dan terasa. Umi takda niat nak menyakitkan hati anda. Just umi nak luahkan apa yang umi rasa.

Baru-baru ni umi bawak twin pergi klinik untuk timbang berat badan umur 9bulan. Waktu dok menunggu tu jumpala mak kepada kawan umi ni bawak cucu dia yang comel okey. Debab dan dah mula bertatih. Umur cucu dia ni tua sebulan je dari twin.

Memang berbeza beratnye dengan twin yang kecik macam mak dia. Yeala twin usia 9bulan baru berat 6kg sorang. Kami bersembangla. Makcik ni tanya bagi makan apa? Umi cakap macam-macam umi bagi makan. Bubur,nestum, biskut dan puree buah-buahan. Dia tanya lagi minum susu malam berapa kali. Umi cakap dalam 2 3 kali jugak.

Dalam dok tunggu nama di panggil, umi adala bagi twin minum air masak. Mungkin salah umi letak dalam botol panjang 9oz. Tapi tak penuh ye kawan-kawan setakat 60ml je. Botol je besar. Makcik ni nampak umi bagi tapi mungkin botol yang berisi susu tak nampak kot.

Habis je settle umi hantar anak-anak rumah pengasuh dan terus masuk keje. Tapikan keesokkan harinye kawan umi ni mari jumpa umi. Dia cerita apa yang mak dia cakapkan. Umi tak salahkan apa yang makcik tu cakap tapi sebagai ibu memang umi terasa.

Apa yang korang rasa bila makcik tu cakap dia kesian tengok anak umi kecik je berbanding dengan cucu dia yang comel dan debab tue? Bukan umi tak bagi makan. Bermacam-macam umi bagi. Cuma umi tak mampu nak bagi susu mahal macam saranan doktor untuk naikkan berat badan dia yang telah jatuh garisan kuning.

Salahkah umi bagi anak umi minum air masak. Sedangkan usia dia dah 9bulan? Umi tak bagi 1 botol panjang yang penuh cuma bagi sedikit sahaja. Dorang tengah batuk nurse sarankan minum air masak sedikit untuk hilangkan kahak.

Dia nampak ke umi tak letak minyak di badan anak umi sehinggakan anak umi dapat asma. Ya Allah, umi betul-betul tak salahkan makcik ini iaitu mak kawan umi. Umi hanya terasa apa yang dikatakannya.

Ibu mana tak sayang anak. Ibu mana tak mahu yang terbaik untuk anaknye. Umi dah cuba sebaik mungkin. Mungkin dah baka jenis kecik itu sebabla anak umi kecik kot. Lagi satu berat dorang masa lahir bukan macam berat bayi biasa yang 2.5 ke atas. Berat twin umi dalam 2.17 dan 1.93kg je. Nak naik banyak mana la sangat.Naik tiap-tiap bulan umi dah bersyukur sangat.

Kalau kawan-kawna yang kena apa perasaan korang...