Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Kerenah Anak - Anak Di Tempat Orang Ramai


Alhamdulillah umi dikurniakan anak-anak yang senang dijaga dan senang bawak diri. Cuma di waktu kecil seperti kembar ni dorang dah kenal orang. Bukan sebarangan orang boleh pegang. Kalau tak tak sampai 5 minit dah mula menangis mencari mamanye.

Adha adalah paling senang membawak diri. Tidak kisah dengan sapa dia main. Umur beza  2 3 tahun dari dia pun, dia boleh buat kawan. Terutamanye budak-budak yang mengaji dengan mak umi. Memang kamcingla. Tapi satu hal jugak adha, kalau tak nampak umi takpe. Tapi kalau dan nampak umi tak boleh jauh sikit mulala memanggil mama. Pastu tanya orang, " Mama, ane?".


Si atiqah paling banyak akal hari tu. Atiqah baru lepas kena campak keladi. tengok muka dia masih kelihatan biji-biji halus. Kembar umi pakaikan carter je pagi tu. Cuaca kampung di tengah hari panas. Tambah pulak ramai orangkan.


Si adik aqilah, buat hal sendiri. Tapi janganla di ambik dukung orang lain. Confirm jebik mulut dia. Tambah pulak kalau mama dia tidak nampak depan mata. Dulu umi pernah buat N3 dimana twin tak suka dipegang twin lebih suka bebas di bawah. Inila buktinye. Bagi je barang dia main je. Janji jangan suka-suka angkat. Sampai orang ramai cakap senang maknye jaga kalau baik macam ni. Main sendiri je.


Lihatla mata adik baru lepas nangis bila di angkat oleh orang dia tak kenal. Ntahla kenapa. Anak-anak umi takut dengan orang. Kalau duduk 24 jam dengan umi takpela kot takut dengan orang. Ini tidak pagi dengan pengasuh malam baru dengan umi.


Adha dah makin bijak. Mulut pun dah makin petah. Pantang nampak mama pegang kamera ada aje aksi dia. Tapi payah nak senyum dan fokus kepada kamera. kena agah baru gelak.


Alhamdulillah bila dah makin lama di tempat orang kembar makin nak dengan orang yang dia nampak. Apa pun umi seronok bawak anak-anak di tempat orang ramai. Tapi janji macam rumahla. Coz twin bebas bermain di bawah. Kalau kat luar kena cari stroller baru senang nak bawak jalan.

Insyallah Rezeki Itu Ada...



Insyallah ada rezeki untuk umi gunakan untuk twin.
Mungkin minggu ni umi pergi ambik takpun minggu depan.
Second hand je. 
Tapi barang masih baru.
Seperti gambar di atas.