Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Majlis Pertunangan & Persandingan Sepupu (part 1)

Hari ahad baru ni umi pulang ke kampun halaman di perak.Pukul 3 pagi hari sbatu baru sampai rumah mak.Mana taknye pukul 11 malam baru bertolak dari shah alam.

Umi pulang ke kampung kerana ada kenduri di rumah mak saudara umi. Dekat sangat dengan rumah mak umi. Jalan kaki 5 minit pun sampai. Majlis kenduri ni buat 2 majlis sekali. 
Pagi majlis pertunangan sepupu umi aka maklang adha. Petang majlis persandingan abang sepupu umi yang sulung.

Meriah sungguh kenduri kat sini. Memang happy. Makanan pun sedap. Tapi takda gambar coz dok dalam rumah je time kenduri. Panas, kesian anak-anak.



Inila maklang iaitu sepupu umi yang bertunang baru ni. Cantik tak? Baru umur 22 tahun ni. Kerja sebagai nurse kat PPUM.


Gambar bersama anak buah dia aka adha. Ops lupa nak bagi tahu. Adha ni umi dah hantar balik kampung dulu lepas baik demam hari tu. Dia balik dengan maklang dia nila.





Gambar mama dengan sepupu mama harusla ada. Rapat tau kami ni dari kecik lagi. Beza umur pun setahun je. 


Anak bujang ni dah pandai request tangkap gambar dia. Pandai ambik kamera sendiri tangkap. Adoila anak. Ikut perangai siapala nikan. 


Inila gambar hantaran dari pihak perempuan. Baju dan pelamin tema pink tapi hantaran tema purple. Huhu. Cantik jugak. Hantaran semua di buat oleh tukang tunang tu sendiri.



Alhamdulillah semua dah selamat, dah jadi tunang orang dah pun maklang ni. Time ni teringat pulak time umi bertunang. menggigil badan time nak sarung cinicin. Tangan menggelatar macam sejuk sangat. Hihihi.


Cantikkan pelamain dia? Pelamin ni ambik kat tempat sama dengan pelamin kahwin umi 3 tahun lepas. Sekarang lagi moden pelamin dia. Bermacam-macam fesyen.


Last sekali, semoga kekal ke perkahwinan. Selamat menempuh alam pertunangan.

Insyallah ada jodoh 1 tahun lagi, makan gulai la kite.

Campak Keladi

Jumaat baru-baru ni kakak telah di serang penyakit campak keladi.
Ntahla itula nama yang umi dapat bila mak, pengasuh dan orang office cakap.
Penuh satu badan dari muka sampai kaki.



Tengokla muka kakak yang kelihatan macam comot.
Kakak masa ni baru je lepas baik demam.
Malam jumaat tu dia tido dah macam gelisah.
Miang kot.
Pagi tu umi angkat nak nyusu terkejut penuh biji-biji merah.


Tengokla kat badan pun ada.
Merengek hanya Allah yang tahu.
Mujurla adik tak kena.
Tapi mengacau kakak lagi adala..


Ini gambar bahagian belakang.


Bila tengok kakak kena macam ni teringat isya anak mama ely pernah kena baru-baru ni.
Terus tanya kak ely ubat apa dia guna.


Kak elly cakap sapu air kelapa ataupun bagi minum.
Isya dapat ubat makan bila pergi klinik.
Tapi kakak dapat ubat sapu je.



Alhamdulillah hari sabtu dah makin hilang biji-biji merah kat badan.
Cuma kat muka je masih kelihatan sedikit.
Terima kasih kasih kak elly bagi petua tue.
Cuma kembar umi tak bagi minum air kelapa cuma sapu je kat badan.