Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Biar Murah Janji Anak Suka

Apa Yang Murah?

Begitu leka bermain lego.

Sampai ke bawah dia main.

Bermain bersama adik

Salah satu permainan kegemaran dia sekarang.

Happy!!!

Kusyuk mendengar.

Marah mama kacau.

Mainan anak-anak umi. Yes itula yang murah. Secara jujur umi katakan mainan paling mahal umi beli adalah kereta kesayangan adha yang dah tak mampu nak tampung berat dia sekarang. Dah bersagat tayar bila dia naik. Tempat duduk pun dah tercabut tapi still boleh pasang.


Kat atas adalah antara koleksi mainan dia. Sekarang dah menjadi permainan adik-adik jugak. Umi bukan jenis beli mainan tia-tiap kali keluar jalan. Umi tidak mahu ajar. Umi takut dia akan biasa bila umi selalu belikan. Ini terjadi pada anak kakak umi, IMAN.

bila tak belikan mengamuk di tempat awam. Itu umi tidak sukan. Umi beli bila umi rasa ia sesuai dengan anak-anak umi. kebanyakkan mainan adha berunsur pelajaran atau minda. Adha tak suka sangat robot atau patung. Dia lebih suka mainan yang berbunyi, boleh bergerak takpun yang boleh buat dia ralik.

Alhamdulillah, walaupun mainan yang tak berkualiti dari segi harga, anak-anak umi gembira bila bermain. Tak kisahla dia dah rosak ke atau tak. tetap dia main. 

Jadi tak kisahla mainan murah ke mahal, itu tak penting janji anak-anak happy.