Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Ini Yang Ku Mampu : Janji Anak Umi Happy

N3 luahan perasaan.
Andai tak sudi baca sila klik pangkah di atas.


Bila hari jadi anak tiba mesti ibu bapa yang excited kan? Mesti bermacam-macam bermain di pikiran. Nak beli hadiah apa? nak beli kek macam mana? Nak makan apa jamu orang? Nek decore macam majlis nanti? Dll..

Umi tak nafikan semua itu bermain di fikiran umi. Umi jugak nak gembirakan hati anak-anak. Terutamanye di hari manis dorang. Tapi umi sedar dengan masalah umi. Buat aje apa yang boleh janji anak umi gembira sudah.

Biarkanla tiada kek yang sedap, tiada jamuan makan, tiada hadiah yang mahal janji anak umi happy dengan apa yang umi berikan. Mungkin anak umi akan tahu kelak hanya ini yang mampu mama berikan.

Tatkala orang lain menyambut hari jadi di rumah, umi membawa adha berjalan. Di mana? Hanya meneman mama membeli barang di giant seksyen 13, shah alam. Sedih? Hati ibu mana tak sedih. Umi nak bawa jalan jauh umi tak berapa pandai jalan kat shah alam. Suami umi kena kerja. Biasala keje macam suami umi yang makan elaun outstation mana boleh cuti.


Alhamdulillah adha happy bila umi bawak jalan. Tak kisahla kat mana pun. Janji dia keluar jalan. Tapi hati mama yang sedih sayang.

Masa ni nak tengok cheff wan kat dalam giant sek 13

Muka checky.

Zoom dari jauh je coz ramai orang.


Dah habis shopping (barang makan anak-anak je), bagi dia main kat playgound dalam giant tue. Tapi dia main gelongsor yang rendah je. Yang lain semua tinggi. Adha macam tak seronok. Asyik terjerit  panggil mama.


Ingatkan nak bawak dia main air dekat wet world shah alam. Tapi memangdangkan badan dah mula dedar dan mood dah makin kelaut umi tak nak bawak dia pergi main air. Last-last ronda shah alam. 


Dah habis ronda dalam pukul 12 adha dah mengantuk. Adha akan tido paling awal 3 jam sekali waktu siang. Paling lama dia tahan dari pagi sampai pukul 4petang je. Pastu dia akan tido sendiri.


Ontheway nak balik rumah, terlintas nak singgah carrefour. Dekat sangat dengan rumah. Dalam tu ada permainan banyak jugak. Umi decide nak singgah bagi adha main puas-puas sebelum balik rumah dan ambik kembar kat rumah pengasuh.


Adha memang happy giler dalam carrefour. Sampai menjerit taknak balik.


Muka takut masa mula-mula naik.

Dah mula bersuara.

Dah seronok. Dah berhenti pandai pulak suruh masuk coin.

Main bowling.

Kusyuk tengok bola lalu.

Happy.

Umi bersyukur Ya Allah, hanya ini yang mampu ku beri untuk gembirakan anakku. Insyallah ada rezeki, mama akan sambut hari jadi sayang dengan adik-adik. Insyallah...

WW : Queen = Mama



Adha panggil gambar queen adalah mama.
Siap kiss lagi.

Noted: mama queen di mata anak-anak. Alhamdulillah.