Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

TUTUP

Dengan rasminye umi menutup GA yang umi anjurkan.
Insyallah Isnin umi akan semak senarai peserta dan malam adha akan buat undian.

Kepada yang dah join,
sila semak nama anda di sidebar kiri blog umi.
Kalau masih tiada sila inform kat umi tau.
Supaya nama anda tidak terlepas dari GA umi ni...



SeC0nD BiRThdaY AdHa GiVEawAy


Dengan Lafaz Bismilliah, umi ingin melancarkan Giveaway Sempena Sambutan Kelahiran Ke- 2 pada           26 November 2011.

Semoga Giveaway ini akan berjalan dengan lancar.

Meh pakat join.

Bermula dari 15 November 2011 - 25 November 2011 Jam 11 malam.

Syarat-syaratnye ialah:

  • Mestila menjadi pengikut blog umi ini.
  • Buat 1 N3 khas tentang Giveaway ini.
  • Mesti guna tajuk di atas untuk join giveaway ini.(copy paste je tajuk kat atas)
  • Letakkan banner giveaway di dalam N3 korang dan jangan lupa link kan ke blog umi.
  • Sudah Siap semua Tinggalkan Link anda di sini.
  • Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
  • Sebanyak 3 orang pemenag akan dipilih.
  • Hadiahnye? Kalo ada anak umi akan bagi pakaian kanak-kanak. Kalo belum kawin umi akan bagi hadiah yang bersesuaian.

Senangkan syarat-syaratnye. Jom pakat join. 

Susu Owh Susu...


Hari ni buka suratkhabar nampak ada promotion susu dumex dugro.
Tak silap umi pasar raya tesco.
Erm harga dari Rm 23.++ turun kepada Rm 19.++.

Mungkin ada orang cakap murahkan.
Tapi harga biasa tu umi rasa mahal.
Sebabnye selalu umi beli susu umi beli kat kedai runcit je.
Better lebih murah dari pasar raya.

Umi selalu beli susu dumex ni dengan harga Rm 19.90.
Murahkan?
Ke ada tempat lagi murah?

Itula sebab umi jarang beli dekat pasar raya.
Drypers umi boleh dapat dengan harga Rm 30.
Dari size S to XXL.

Kesimpulannye:

Belila barang di kedai runcit harga lebih murah.
Tidak payah nak tunggu promosi dah tentu dapat harga yang dipromosikan di pasar raya.




Balas Dendam

Jangan ingat ini n3 marah-marah lagi. Malas dah nak marah ataupun luahkan perasaan. Lebih baik terapi dengan perihal anak-anak lagi bagus.

Umi nak cerita perihal si twin umi tue. Sejak kena tinggal 3 hari bersama mak cik dia, twin macam balas dendam tau kat umi.

Tidak boleh berenggang langsung. Adoila! Korang cuba bayangkanla, sampai rumah umi nak gi buka tudung pun dorang dah nangis tak nampak umi.

Nak masak lagila. Menangis bagai nak cabut nyawa bila tak nampak kelibat mamanye. Bila nampak baru senyap. Penat owh. terlari-lari sambil masak. Nasib baik tak hangus. Silap-silap umi dukung twin masuk dapur. Penatnye..

Time mandi pun kena cepat la ni. Tak boleh lama-lama dalam bilik air. Kang ada bunyi radio menjerit kat depan TV.

Bila twin tido barula aman sikit. Tapi berperang pulak dengan si abangnye. Payah benar dah nak tido. Dulu kalau payah nak tido masuk je buai terus tido. Sekarang dah tak nak buai. Angkat menjerit dia. Nak boleh dapat berkerjar 1 rumah.

Kurusla umi yang dah kurus macam lidi.