Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Hajat Yang Tidak Tahu Bila Kesampaian

Please, kalau agak korang ini N3 mengada-ngada jangan baca yea!

Ramai orang tahu umi mempunyai anak kembar yang baru berusi 8 bulan. Twin umi bukan jenis suka di pegang. Twin suka bebas di bawah. Mungkin twins rimas bila di pegang.

Bila dalam kereta mereka lebih suka dibaringkan di atas car seat or di tempat duduk belakang saje. Walaupun perjalanan yang jauh. Kalau nak tido umi ambik riba menangis macam di pukul. Bila letak bawah nyenyak dia tido.

Di rumah pun begitu. Memang umi ajar dari awal tak dipegang sangat. Cuma ambik dukung nak main, mandi dan angkat bagi tido dalam buai. Kalau dalam buai tidak payah di henjut. Twin tido sendiri. 

Tapi jadi masalah kalau gi klinik atau hospital. Teringin benar beli benda ni. Memang bila tengok orang kata mengada-ngada. Dukung je la anak tuekan. Memang boleh dukung tapi bila nak tido jadi masalah. Hospital / klinik kerajaan ni memang terkenal dengan sistem yang sedikit slow. Twin boleh tertido 2 3 kali sementara nak tunggu.

Twin bukan suka tido dalam dakapan mama / ayah. mereka lebih suka tido di bawah atau dalam stroller jika ke hospital / klinik. Umi cuma ada satu je stroller itupun bekas adha punya. Nak beli yang lain masih belum ada rezeki. Gaji pun berapala sangat kan.

Korang bayangkan dengan stroller satu tu, bergilir dorang tido. Bukan umi nak biarkan anak umi menangis mengantuk tapi memang macam tu perangai dorang. Kalau adik yang tido dulu kakak akan tunggu sampai adik bangun. Macam itula yang berlaku sebaliknye.

Kalau tido dalam dakapan umi pun mesti teresak-esak menangis baru twin tido. Sedinye. Maafkan mama sayang. Kalau ada duit mama akan beli yang ini:

Yang murah-murah aje.

Yang ini ke?

Ataupun yang ini.

Bilakah harapan akan menjadi kenyataan ? 

Noted: pakai jela apa yang ada. Bersabar itu ada hikmahnye.

Resepi Bubur Nasi Kembar + Adha

Ni resepi umi buat sendiri. Tidak tahula kalau sedap ke tidak. Tapi yang pasti anak-anak umi suka. Nak cuba?
Silakan guna resepi dibawah.

Bahan-bahan:


  1. Beras (basuh bagi kering pastu blend)
  2. Lobak 
  3. isi ayam / ikan bilis dikisar
  4. sedikit perasa ( tidak guna pun takpe)
  5. air secukupnye.

Cara-cara:
  1. Masukkan beras ke dalam periuk.
  2. masukkan air secukupnye. Ikut pada kite nak lembik atau jadi macam sup.
  3. Masukkan lobak yang dah dihiris halus. Supaya cepat empuk.
  4. Kacau supaya tak melekat dekat periuk.
  5. Dah nak agak masak, masukkan isi ayam yang diracik halus/ ikan bilis.
  6. Kalau nak tambah perisa masukkan sahaja. tapi tak sesuai untuk bayi yea!
  7. Biarkan seketika. 
  8. Kalau nak makan macam bubur tiada kuah masak sehingga nampak air kering.
  9. Kalau nak makan macam ada kuah sikit jangan biarkan terlalu kering.
Anak-anak umi suka makan macam berkuah. Jadi umi tak biarkan kering sangat bila dah masak.


SELAMAT MENCUBA.....



Noted: gambar tiada. Lupa pulak nak tangkap...

Team Building - Hari First

Di Pantry Office. Menuggu time naik van.

Berkumpul di pintu masuk office

Dalam Van dah. Nak berangkat ke Nur Lembah Pangsun 
Dah Sampai...

Sesi bagi bilik.

Makan dulu baru masuk bilik.

Gambar dari bilik.

Makan malam.

Dengar taklimat tentang aktiviti.

Kusyuk...
Habis je dengar taklimat kami melakukan aktiviti yang pertama iaitu "Burung Hantu". Takutnye!!! Mana taknye kan, dah jalan waktu malam, pastu tutup mata. Dah naik bukit ditinggalkan sorang-sorang(umi berdua). Menangis?  Yes umi nangis sebab terkejut ada benda merayap di belakang badan.

Pagi esok kantoi, rupanya trainer yang gerakkan kayu di belakang. Buat malu je umi nangiskan. Hihihi... Takpa jadikan kenangan.