Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Korang Baca Korang Bagi Tajuk Boleh?

Please jangan muak baca Blog umi yang asyik luahan hati....

Umi bekerja sebagai front office je. Kalau tak tau keje macam mana please google kat internet cari maksud dia. Yup keje umi senang je kot, jawab penggilan, buat panggilan, record surat under admin dan ada la 2 3 keje lagi yang umi buat.(termasuk update blog)

Tapi umi bukanla jenis yang suka-suki masuk keje lambat, pastu bila rehat lebih dari waktu kalau takda sebab. Nak tinggalkan kaunter tempat umi duduk ni bukan boleh main tinggal. Kalau gi jamban tu cepat-cepatla datang balik.

Umi ni takda masa nak tido dalam surau macam orang lain. Takda keje masuk tido. Tapi tak kisah rehat kejap kan sementara nak tunggu masuk solat. Tapi kalau dah berjam-jam dalam surau tu tak buat keje ke? 

Umi bukan nak dengki dorang boleh rehat lama, siap boleh tido lagikan. Tapi umi yang berkerja menjawab panggilan masuk, bila orang kol nak cakap dengan staff office. Bila nak transfer ke tempat staff tu tiada masih"hilang". Kalau sekali orang telefon cari takpe tak kisah tapi kalau dah 2 3 kali telefon apa kite nak buat? Buatnye pulak orang yang telefon tu orang HQ?

Kalau hilang gi wat kerja umi boleh la cakap gi site kan. Tapi kalau dia dok "melepak" apa yang kite nak cakap? Nak bohong? kali pertama bolehla. Kalau dah orang tu telefon 2 3 kali rasanye tak bolehkan. Silap cakap kite pulak yang kena balik.

Ntahla, kadang-kadang bila kite pesan balik pesanan orang tinggal buat tak tahu je. Bila orang tu telefon tanya  tak pesan ke kat orang yang dia nak cakap! Kite pulak kena marah. Padahal kite dah pesan. Salah kite ke? 

Dimana kite nak luahkan perasaan? Kecuali di blog kite sendiri. Tapi apa pulak kite rasa kalau kite luahkan hanya sekadar luahan perasaan tapi orang lain pulak terasa? Dimanakah hak privasi kite? 


LANGAU Dah Menujukkan Taring!!!

Baru je buat N3 pasal LANGAU kan semalam. Hari ni LANGAU tu dah tunjukkan taringnye. Maka memang terbuktila apa yang umi syak orang itu siapa. Memang dikalangan kakitangan tempat umi berkerja.

Memang N3 semalam membuatkan dia sakit hati kot. Memang patut dia terasa andai perngai dia macam tue.

Okeyla. Malas nak tulis panjang-panjang. Mood umi pun sepoi-sepoi bahasa, Mood rindukan anak-anak lagi bagus umi layan dari melayang kerenah LANGAU yang membawak tahi ni.

Surat Untuk Anak2 Mama :Maafkan Mama Sekali Lagi Sayang...

Htai seorang ibu yang rapuh.

First sekali mama nak minta maaf kepada anak-anak mama. Mama dah tiada pilihan lain sayang. Bukan sengaja mama meninggalkan anak- anak mama kepada cik mimi. Mama terpaksa sayang,

Buat pengetahuan anak-anak mama, mama tak lena tido malam tadi. Menangis sendirian akhirnye terlelap seketika hapir subuh pagi tadi. Mama rasa kosong hidup mama malam tadi. Mama terngiang-ngiang suara anak-anak mama nak susu. Mama terpandang bauaian kosong. Disebelah mama juga kosong. Di mana anak-anak mama?

Baru 1malam anak-anak mama tiada dengan mama, mama dah terasa sayu hati. Macam mana nak tempuh 2 esok dan lusa? Mampukah mama berjauhan dengan anak-anak mama?

Sewaktu mama nak meninggalkan anak mama kat rumah cik mimi, mama berulang kali mencium anak-anak mama. Sebak di dada tak usah diceritakan lagi. Mama sayu. Mama tak pernah berjauhan dengan mama adik dan kakak. Tapi dengan abang mama pernah berjauhan selama 4 bulan. Itupun mama bagai nak hilang akal di awal peninggalan abang.

Malam tadi mama asyik masage dengan cik mimi. Dah pukul 11 malam kembar masih tak tido. Rindu sama mamakah? Kalau kat rumah kul 8malam tido sampaila ke pagi. Mama dah risau sampaikan duduk dah tak senang.

Pagi tadi, mama telefon cik mimi. Bertanyakan hal anak-anak mama. Rupanya adik dan kakak meragam tidak mahu tido. Menangis. Tido kejap pastu bangun. Abang? pun sama menangis mencari mama. Ya Allah bertambah-tambah lagi kerisauan hati mama. Mama nak menangis!!! Mama rindu!

Untuk sedapkan hati mama, mungkin anak-anak mama berubah tempat itula sebab meragam malam tadi. Takpe sayang petang nanti insyallah ayah akan pergi melawat anak-anak mama. Mungkin akan terubat rindu anak-anak pada mama dan ayah.

Untuk anak-anak mama, mama sekali lagi mohon maaf meninggalkan kalian selama 3 hari. Mama janji ahad malam mama pergi ambik anak-anak mama. Mama rindu sama kalian bertiga. Rindu yang tak mampu nak diucapkan buat mama yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak mama.

Maafkan Mama...