Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

*** Hatiku Tak Tenteram ***

Tinggal lagi 2 hari. Ayokk!!! Masih was-was sebenarnye nak pergi ke taknak. Tak pergi kang rugi. Bukan selalu office buat aktiviti macam ni.

Tapi umi tak nak berpisah dengan anak-anak. Terutamnye kembar. Yang tak pernah kena tinggal lama iaitu 3 hari 2 malam. Setakat tinggal kat rumah pengasuh tu normal la kan. Tapi tinggal malam bersama orang lain tak pernah lagi.

Rasa janggal tido tanpa anak-anak. Beratnye hati nak tinggalkan anak-anak dengan adik ipar jumaat ni. Nak tinggal dengan pengasuh dia taknak jaga malam. Siang bolehla. Makanye kenala hantar ke adik ipar umi di Rawang.

Hatiku masih tak tenteram. Nak pergi team building jumaat ni sampai ahad petang. Lamakan nak tinggal anak-anak. Team building tu buat kat Nur Lembah Pangsun je. Tak jauh sangat pun. Tapi dek kerana tak pernah berjauhan dengan kembar hati rasa berat.

Macam-macam bermain dalam fikiran umi.Takut kembar kena asma, demam, batuk atau sakit yang adik ipar tak boleh handle. Teutamanya kembar kena asma.Sekarang kan musim hujan + panas. Cuaca tak menentu. Ayok!!!

Harap-harap anak-anak sihat time umi pergi team building nanti. Umi kena ajar adik ipar bagaimana nak guna pum bila kembar kena asma/batuk sampai muntah. Pum ni kena ajar betul-betul takut kang tak jadi pulak.

Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk berjauhan dengan anak-anak.

Memakai Selendang Style Umi.

Ntah kenapa seminggu dua nikan rajin pulak nak melilit.
Pakai shawl biasa je pun. 
 Tak beli pun pashima sebab bagi umi pashima tu panjang sangat.
Tapi teringin jugak pakai pashima.
Insyallah nanti umi beli.

Bermacam-macam gaya umi pakai.
Ada yang elok ada yang tak.
Janji pakai tudung sudah.
Hahaha.

Tapi nak melilit tengok juga keadaan,
Kalau kembar tak meragam pagi-pagi bolehla mama melilit.
Tapi kalau sebaliknye pakai aja tudung pakai siap tue.
Senang.


Ni gambar hari ni.
Okey tak?
Ke buruk?



Dari depan.




Dari sisi.
Umi tak pandai makeup.
Jusat pakai cream, bedak pastu letak celak sikit sudah.


Noted: Ada yang nak tutorial cara pakai selendang macam umi ke?

WW- Korang Baca Pastu Tafsir Sendiri.

"Lin, tak berapa nak sihat. Batuk-batuk pastu muntah".


Apa korang rasa bila massage ni muncul di handset suami korang?
Bila kite massage balik kat number tue dia kata kawan rapat.
Bila telefon mula-mula perempuan angkat, pastu kali kedua lelaki angkat!!!