Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Anak Aku Buang Tabiat !!!

Salam bertemu kembali. Masih ada yang bercuti ke? Umi pun masuk keje separuh hari ni sebab balik dari Perak pagi tadi sampai dah pukul 11.30pagi. Hantar anak rumah pengasuh dengan tak mandi, terus umi masuk keje. Penat??? Tak payah nak citerla...

Sorry gambar raya takdala. Umi masih tak berapa sihat diserang penyakit macam kayap masa hari jumaat tue. Ingatkan campak tapi nasib baik bukan. Kalo tak bertambah la kerungsingan mama bila anak-anak terabai. Tak dapat bayangkan.

Berbalik pada tajuk di atas, kejadian ini berlaku petang semalam. Masih lagi di kampung. Ntahla kenapa dia teringin sangat hisap benda ni. Padahal dia dah tak hisap keika usia 4 bulan. Dah masuk 2 tahun baru nak hisap balik. Tapi main-mainla. Tak bersungguh dia hisap.



kusyuk dia tido dengan puting adik.

Lena di buai mimpi.

Memang buang tabiat anak bujang umi. Ingatkan time tido je dia hisap tapi main pun dia hisap. Cuma gambar aje tiada. Puting tu sebenarnye milik adik dia. Tapi adik dia dah tak hisap. Alhamdulillah kembar berhenti dengan sendiri hisap puting. Jangan tanya macam mana umi bagi berhenti. Sebab umi pun tidak tahu bagaimana anak-anak umi berhenti hisap.