Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Genap 2 Tahun (Kalender islam)

Si bulu lentik mata, si anak bujang mama sorang.

Ya Allah cepatnye masa itu berlalu. Begitu cepat anak-anak membesar. Tidak terasa anak yang kite lahirkan dahulu seberat 2kg++ kini dah nak cecah 15kg.

Ingat lagi, dahulu ketika orang ramai dok sibuk masak rendang, ketupat dan lemang. Umi sedang sibuk bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat yang comel dikurniakan Allah.

Hilang rasa sakit, hilang perasaan nak raya haji bila melihat anak didepan mata. Sekarang anak itu dah makin banyak akal. Banyak mulut dan banyak kerenah. Mampu menjaga adik-adiknye bila disuruh.

Alhamdulillah. hari ini mengikut kalender islam genapla umur anak sulungku 2 tahun. Tetapi kalo ikut kalendar biasa 26 depan baru cukup 2 tahun.