Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Bertuahnye Anak... Adha!!!

Adoila, makin besar makin banyak akal. Tak terlayan mamanye. Tambah waktu mama demam baru ni diala paling banyak bunyi dari adik-adiknye. Anak bujang sorang. Diala penawar suka dan duka mama.

Semalam ntah kenapala si adha ni payah benar nak tido. Asyik main je. Jam dah nak dekat pukul 10malam. Tapi dok godek sana, godek sini. Bagi susu suruh tido, tapi mama dia yang tertido. Hihi. Mama kan tak sihat.

Dalam umi dok tido-tido ayam tue, dengarla adha ni dok godek apa tah kat dapur. Bunyi dia tarik barang. Umi tak gi tengok pun. Malas nak layan dah lewat time tido. Pastukan, tiba-tiba dengar dia gelak. Pusing-pusing tengok dia dah........................

































Melayan master cheff dengan mama



Duduk dalam walker.

Pandai pulak dia bukak walker tue. Bab masuk dan keluar tue dia memang pro dah. Tak gaduh jatuh. Kangkang je kaki luas masuk pastu keluar.

Sebab inila umi taknak letak adik-adik dia dalam walker. Memang adha akan masuk punya. Kalo ada adik, dia akan marah. Erm, adik-adik kena dok bawah je la. 

Deritanye Hidup Bila Anak-Anak Terabai.

Tidak sanggup lagi umi menanggung sakit yang umi lalui baru ini. Demam yang tak kebah-kebah dari khamis sampai petang semalam. Anak-anak umi tak terlayang sangat terutamanya hari sabtu baru ni. Hanya Allah yang tahu, berapa banyak air mata mengalir dan menahan sebak di hati melihat anak-anak main sendirian hanya diperhatikan oleh diriku dari jauh.

Aku lemah. Menggigil dalam kesejukkan. Berdiri gelap mata. Bagaimana nak melayan anak-anak? Sampaikan anak sulungku mahu sarapan hanya biskut aku beri. Tidak mampu untuk berdiri lama di dapur untuk buat sarapan. Bagaikan ada batu di kepala.

Tatkala aku demam, kembar pulak terkena sakit mata yang dahulunye dibawak oleh adha. Meragam tidak selesa tidak usah diceritakan. Hanya mampu meredakan keragaman kembar sambil baring dan duduk. Tidak mampu nak usung. Tapi mujur kembar tidak meragam seteruk demam dahulu. Mungkin kembar tahu mamanye kurang sihat.



Bila dilihat kembali gambar di atas, rasa bersalah terhadap diri sendiri begitu ketara. Ketika ini umi baring dalam selimut memerhatikan anak-anak bermain. Jelas kelihatan muka kembar yang kurang sihat, mata sepet, hidung berair mencari mama dalam selimut.

Hari ahad alhamdulillah badan umi dah mula segar. Tapi ini satu kesilapan umi badan sihat tapi gagahkan diri untuk menghadiri kenduri adik ipar. Tidak sangka umi nak kena demam balik coz pagi tue umi dah segar cuma mata mula merah berjangkit dengan anak-anak. Tapi apakan daya malam tue demam umi kembali melanda tapi tak seteruk malam-malam yang lepas.

Tidak seperti yang disangka, pagi tu  umi terjatuh bilik air setelah mata gelap dengan tiba-tiba. Menangis umi+sakit akibat jatuh. Mujur tak pengsan. Keluar perlahan-lahan dari bilik air baring kat anak sambil menangis. Ntah apala akan terjadi kalo umi pengsan tadi. Anak-anak macam mana? Takutnye umi. Kejut sepupu tengah tido mintak tolong hantar anak-anak rumah pengasuh sementara umi nak gi klinik. Dah 5 hari demam tak hilang pastu badan jadi sakit-sakit. Takut kena denggi. 

Alhamdulillah bila darah dah di check dan keputusan adalah normal. Cuma doktor tukarkan ubat antibiotik umi kepada yang lebih kuat. Dapat mc 2 hari, umi rehat sepuas-puasnye dirumah. Anak-anak? Atas nasihat doktor, mak dan suami, anak-anak dihantar rumah pengasuh di waktu siang untuk umi merhatkan badan sepenuhnye. Bukan umi taknak jaga, tapi bila anak-anak dirumah time bila mama nak rehat. 

Hari ni umi kembali pulih tetapi belum sepenuhnye. Cuma mata masih merah dan batuk je belum hilang. Selera makan masih sama belum muncul sepenuhnye. Cuma 1 umi terkilan, bila umi sakit anak-anak terabai. Maafkan mama sayang! Mama tak sengaja.....