Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Twin Warded Lagi

Ini N3 sambungan dari N3 ini.

24/10/2011 Jam 9 malam.

Keadaan kembar makin teruk selepas dia batuk. Kerisauan hati tuhan yang tahu. Bagi pum tiap-tiap 4 jam. Elok hanya seketika. Bercucuran dah air mata umi.

Duduk dah tak senang. Asal kembar batuk mesti muntah. Dah muntah mulala layu macam bunga. Lembik+merengek. Telefon sentiasa di tangan. Kol suami suruh cepat sampai rumah.

Jam 11 malam, nafas kembar makin kuat bunyi. Tambah lagi aqilah. Batuk tak henti-henti. Nak minum susu pun batuk juga. Sampai satu tahap umi tengok muka kembar dha nak biru.

Suami sampai aje di rumah terus umi dan suami ke HTAR klang wad kecemasan. Ya Allah, ramai betul orang kat wad kecemasan. Tak terkira. Ambulance berderet di luar wad kecemasan. Bila dah daftar, masuk bilik saringan kembar kena hantar bilik asma untuk di bagi gas.

Ingatkan tak ramai, kat sini pun kena tunggu coz ramai orang yang tengah ambik gas. Nak dekat pukul 1 pagi baru kembar diberi rawatan. Sebanyak 3 kali diberi gas tapi tak jalan jugak. Dada kembar tetap ada bunyi. Akhirnye doktor suruh masuk wad untuk di pantau 1 malam.

Bab bagi gas kepada kembarla, umi harus kuat. Menangis sampai semua orang pandang. Menitis air mata umi ni tak payah cakapla. Ibu mana sanggup tengok anak menangis macam tue. Tapi apakan daya umi kena sabar demi kesihatan anak-anak.

25/10/11

Masuk wad dalam kul 3 pagi. Masuk wad ramai pesakit, drai depan ke belakang penuh. Kebanyakkan semua kes asma. Kembar dapat katil dalam pukul 3.30 pagi. Tu pun takleh tido. Doktor datang tanya itula, inila. Pastu tiap-tiap 4jam gas lagi. Penatnye. Semalam tak tido adha demam, malam ni tak tido kembar pulak sakit.

Sekarang ni kembar dah makin lasak. Bukan senang nak bagi tido bila kat hospital. Bercinta maknye nak bagi tido. Sampai satu tahap umi mintak panadol dengan nurse kepala dah ting tong nak pitam. Mujurla petang hari yang sama kembar dah boleh keluar wad. walaupun batuk dorang tetap ada lagi.

Balik rumah, kembar + mama ganti tido yang tak cukup tue. Mama tido dari pukul 8malam sedar-sedar pukul 12 malam tu pun terkejut bunyi bunga api jiran india main. Lepas tu sambung tido sampai pagi. Mujur suami ada malam tue. Boleh tolong ambil alih jaga anak.

Dugaan Minggu Ini, 3 Anak Sakit Serentak.

Penat tak terkata apabila 3 anak sakit serentak. Tido malam yang tak cukup, rehat tak pernah cukup tapi tetap tabah hadapi demi anak-anak yang tercinta.

Ntah dimana silap, mungkin keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Sekejap panas dan sekejap sejuk. Itula menyebabkan kesihatan anak - anak berubah macam cuaca. 3 hari cuti bagaikan berkerja. Tiada istilah cuti dalam hidup.

Semuanya bermula disini:

23/10/11

Adha dah tak berapa nak sihat, badan dah mula dedar(suam-suam). Makan ubat demam 4jam sekali. Coz bila nak dekat 4 jam pas makan ubat dia dah mula melepek je tido + merengek. Mungkin tak tahan dengan mata yang sakit sejak hari khamis. Makin bengkak mata dan merah tak hilang.


mata yang makin merah.
 Bila malam makin kuat dia merengek. Penat nak melayan coz kembar pun tak berapa nak sihat asyik muntah+batuk. Badan pun dah mula dedar macam adha.

asyik melepek je kat sebelah mama.

Dah mula merengek. berguling aje keje.


atiqah yang kepenatan setelah muntah beberapa kali.
24/10/11

Jam 4pagi umi tersedar setelah mendengar adha mengerang seakan sakit sangat. Terkejut bila bangun tengok anak menggigil dah nak kebiruan. Ya Allah itula yang keluar dari mulut umi. Tak lenggahkan lagi, angkat bawak masuk bilik mandi curah air takut kena tarik. Setengah jam jugak umi buat, sampai dia dah menjerit kesejukkan.

Dah habis semua, lap dan bagi pakai pampers je coz tak nak jadi macm tu lagi. Bagi makan ubat alhamdulillah beransur turun panas badan.

Pagi esok umi decide ambik cuti tanpa gaji coz anak-anak tak sihat. Tak sampai hati nak tinggalkan kat rumah pengasuh. Dalam kul 9pagi bawak gi klinik coz ubat demam yang standby kat rumah pun dah nak habis. Nak check matanye kenapa tak hilang-hilang lagi sakitnye. Dari hari khamis lagi.


Aktif macam tak orang sakit coz panas dah sedikit turun masa kat klinik.

Alhamdulillah adha beransur pulih dah tak demam petang sampai malan. cuma mata dia je masih merah. Tapi bila abang dah lega kembar pulak sakitnye muncul. Nanti umi citer di lain n3 yea.

*** masuk keje hari ni dalam paksa, kembar belum pulih sepenuhnye.