Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Harap-Harap Bukan Barang Yang Tertinggal.

Tadi hilang rasa ngantuk bila dapat panggilan dari mak. Terkejut bila mendengar cerita dari mak. Selalu umi dengar kisah orang aje yang kena mcam ni. Tup tup keluarga umi yang kena.

Kakak umi sekarang dekat Hospital Besar Taiping. Kena masuk hospital balik. Baru je keluar semalam, hari kena tahan wad balik.

Puncannye dia ngadu sakit perut macam mencucuk. Gi klinik bawak zahra cek kuning terus check kakak sekali. Zahra kena kuning tinggi jugak dalam 14. Kakak umi doktor scan perut. Akhirnye nampak macam ada "barang" yang tertinggal dalam perut kakak.

Tak pasti barang ke atau darah ketul. Tapi "benda" nila yang menyebabkan kakak umi sakit perut. Tak pasal-pasal kakak naik ambulance sama anaknye ke Hospital Taiping.

Kakak dan zahra di tahan di wad yang berlainan. Zahra kena tahan wad kanak-kanak coz kena kuning. Kaka kena tahan wad lain untuk check balik apa sebenarnye yang tertinggal.

Harap-harap janganlan sampai kena bedah(buka semula tempat jahit) semula. Ngeri dengarnye, Kalo betul kena bedah balik maknanye kakak umi dah 3 kali la operate. Anak pertama(Iman), kedua Zahra ketiga inila kot.

Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada kakak umi.

Sejuk + Batuk + Muntah = Asma

Bila musim hujan umi dah risau dengan kesihatan kembar. Dorang macam dah alah dengan sejuk. Nak taknak kena jugak tempuh.

Semalam kembar dah start selsema + batuk. Yang teruk buat masa ni atiqah. Malam tadi atiqah demam, selsema dan batuk. Risau tau hati umi. Tiap-tiap kali dia batuk dia muntah. Nak minum je susu batuk. Dah sudah muntah balik. pastu lapar.

Dari malam sampai pagi umi rasa ada 3 kali dia muntah. Tak tido lena umi malam tadi takut tak sempat nak angkat atiqah time dia muntah. Kang tersedak, umi jugak susah coz takda sape nak bawak gi hospital. Dia kerap muntah malam tadi pun dah nak jadi biru muka coz semput/penat asyik muntah. Mujur ada inhaller pum je bila nampak dia penat.

Akhirnye bogel atiqah tido malam tadi. Bukan taknak bagi pakai baju, coz dia tengah demam semalam. Nak dekat 38. Umi basahkan badan dia dengan kain basah tu tak berbaju. Tapi still ada selimut tutup dada.

Nampak tak kain tuala dia pegang. Tula umi wat lap badan dia.

Wajah mengantuk tak cukup tido.

Pastu, abang dia pulak kena sakit mata. Pagi semalam kedua-dua matanye merah. Sampai mengamuk time bangun takleh bukak mata (taik mata penuh). Tapi alhamdulillah sebelah dah ok, sebelah kiri aje belum. Tu pun dia asyik gosok. Mungkin tak selesa kot.Nak titis ubatnye punyala azab. Siap berlawan. Umi titis time dia tido senang keje.

Mudah-mudahan anak-anak mama malam ni dah okey. Mama takut jadi apa-apa takda sapa nak bawak gi hospital sayang. Ayah dah 3 hari keje outstation. Mungkin esok malam baru sampai.

*** Noted: Pengasuh dah kol, atiqah dah 2 kali muntah pagi ni.