Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

18SG! Jangan Tengok Kalo Tak Berani

Ya Allah! Kesian bayi yang tak berdosa.

Menanti Khabar Dari Hospital Ipoh

Baru je telefon mak di kampung. Dapat berita gembira. Tak sabarnye nak jumpa anak saudara baru.

Ingat tak n3 lama umi kisah anak saudara umi nama iman? Kalo tak tau klik Sini. Iman ni sebaya adha cuma beza bulan. Iman bulan 3, adha bulan 11 2009. Besar sekarang pun dah sama je.

Tapi tahun ni umi dengan kakak umi berlawan bulan bersalin. Kalo dulu kakak umi awal tahun kali ni umi pulak. Benda ni tak disengajakan.

Alhamdulillah bertambah la lagi anak saudara baru umi. Sekarang kakak umi masih dalam labour room Hospital Besar Ipoh. Insyallah petang kang selamatla bersalin.

Masih berteka-teki baby girl or boy.

Di Manakah sifat Keprikemanusian Manusia?

Binatang!!!

Itulah yang harus digelarkan pada manusia-manusia ini. Tapi binatang pun tahu sayangkan anak. Ntah kenapa makin berleluasa kejadian macam ini sekarang. Tak habis-habis. Tiap-tiap minggu sahaja ada kes buang anak/bayi.

Hari ni bukak paper ada berita sorang bayi di temui hidup dengan tali pusat masih di badan. masyallah comel sungguh wajah bayi ini. Bersih bak kain putih. Tapi apa dosa bayi ni? Kenapa di buang? Mana mak bapak dia?
Dah hilang ke keseronakkan masa dulu? Memang sial la mak bapak bayi ni.

Pastu dekat sabah, dah beranak pastu kelar bagi mati pulak bayi yang dia baru lahirkan. Ya Allah, ingat ayam ke bayi tu? Nak main sembelih dan bunuh. Umur mak bayi tu pun masih muda, baru 16 tahun. Sekolah lagi tapi dah bebas. Bebas apa??? Melakukan seks tanpa ikatan yang sah. Alasan yang dia keluarkan bila dah kena tangkap: tak nak bertanggungjawab. Habis tu masa buat takda pulak ko tanya. Memang SIAL!!!

Satu lagi kes luar negara. Hari ni jugak keluar suratkhabar. Hati dorang dah buta ke apa. Budak 2 tahun digilis 2 kenderaan dibiarkan dalam nyawa-nyawa ikan di atas jalan. Walaupun ramai orang lalu lalang di tempat kejadian. Lagipun kejadian tu berlaku di kawasan kedai. Sampai satu nenek tua datang tolong menjerit meminta bantuan tapi takda juga orang tolong. Hingga keluarga budak tue sendiri yang datang. Apa jenis manusia dorang ni!!!

Sakit hati umi baca paper hari ni. Perangai manusia melebihi perangai binatang. Erm, geram sangat-sangat. Tersentap hati. Dah tak mampu nak teruskan kata-kata.

Apa Korang Rasa Bila ...

Ntahla umi nak mulakan dari mana. Tapi yang umi tahu perasaan umi sebak bila balik keje, letak anak terus gi dapur nak masak dan anak mintak sesuatu yang kite tak sempat nak buat.

Umi tak tahula kat rumah pengasuh semalam dia dapat ke tak benda ni. Coz 2 3 kali dia mari mintak dekat umi sampai satu tahap mengamuk nak benda ni. Sedih umi. Nak nangis tapi di tahan air mata supaya tak keluar. Pujuk anak supaya sabar dan bawak dia gi tengok cerita kegemaran di channel 618.

Tapi tak lama mesti dia datang balik. Nak jugak benda ni. Erm, bukan taknak bagi tapi benda tue tengah umi masak. Tengah ditanak. Kering air pun belum. Tapi dia dah terjerit-jerit nak. Bagi upah roti taknak, keropok pun taknak. Upah air sirap senyap kejap sampai benda tu masak.

Dah siap masak tak payah letak lauk. Coz dia suruh letak cap je(kicap). Kalo letak lauk menjerit marah. Tunggu sejuk bagi dia makan. Habis satu mangkuk bekas nestum adik dia. Ya Allah, laparnye anak aku. Tak makan ke dia siang tadi.

Menitis jugak air mata umi. Walaupun hanya berkuahkan kicap mulutnye sambil makan sambil cakap dapnye(sedapnye). Dah kenyang baru dia layan citer BabyTv. Siap boleh hafal dah nama karektor katun macam  Dodo, Nyum-nyum, dan banyak lagi.

Kawan-kawan boleh agak ke apa yang adha mintak?










Nasi...


Kalo anak korang jadi macam ni apa perasaan korang. Pengasuh tak bagi makan ke. Apa guna kite bayar tiap-tiap bulan. Tapi semalam baru adha balik macam kelaparan sejak tukar pengasuh ni. Tak pernah lagi pengasuh ni buat hal. Kite tengok lain hari macam mana pulak.