Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Pukul 4 Pagi Dia Bantai Main Kereta.

Erm, mata mama ngantuk giler pagi tadi nak gi office. Adoila, dahla hari isnin mood nak keje masih kelaut. Tambah pulak dengan tak cukup tido. Bertambah-tambah mood kelaut mama. Semua gara-gara si bujang sorang bangun main pukul 4 pagi.

Ntah apala mimpi sibujang mama ni. Selalunye bangun minum susu tido balik, tapi pagi tadi dia boleh bantai main kereta. Ingatkan mama mimpi dengar bunyi pet,pet kereta mainan dia tue. Rupanye kenyataan. Hampir jadi harimau mama pagi-pagi tadi.

Nasib baikla adha tak kacau adik dia tido, kalo tak terusla mama tak tido. Adik baik pulak malam tadi. Tido elok je.

Dalam kul 5.30 pagi, baru la dia nak tido setelah di marahi + tutup lampu biar gelap oleh mama. Yela nak oit, dah pukul 5 pagi ni bila nak tido. Mama dah pening kepala.

Akibatnye, mengamuk bila dikejutkan pukul 8 pagi tadi untuk pergi rumah pengasuh. Tula sape suruh bangun awal kan dah mengamuk. Yeala 2 hari bangun lambat dalam pukul 9 pagi baru bangun. Bila hari isnin nak gi rumah pengasuh dah bad mood tido tak puas.

Alahai anak, sabar jela mama dengan keranah kamu.

Baru mama tahu anak ni dah besar. Kereta ni dah kecik buat anak mama.