Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Jom Pakat Join, Menjimatkan Sistem Kewangan Anda...

14
Sekarang nikan kalo boleh semua umi nak jimat. Coz boleh saving di masa hadapan. Bagi umi pampers tu adalah satu pembaziran tapi apa kan daya kena jugak. Kalo tak tiris & basah la dalam rumah.


Kenapa umi kata pampers itu pembaziran. Korang bayangkanla pampers tu jenis pakai buang. Pampers paling murah setakat ni umi jumpa 25++. Paling mahal nak dekat 40. Mahalkan. Bagi umi yang anak 3 semuanya masih memakain pampers memang rasa agak penat.


Kembar pampers saiz M yang ada 80 keping tu dalam 2 minggu lebih je habis. Abangnye, sebulan jugak kot baru habis sepeket saiz XL. Peruntukkan untuk pampera anak-anak aje 500 sebulan. Belum susu lagi.


So, dari duit tue membazir dekat pampers umi dok asyik cari harga murah CLOTH DIAPERS nak bagi kembar pakai. Abangnye takpela kot pakai pampers. Tahun depan nak ajar taknak bagi pakai pampers. Cari-cari punya cari semuanye mahal. Tak mampu nak beli. 


Umi nak beli banyak dalam 20keping CLOTH DIAPERS. Yealakan, kembar pakai mana cukup 10 keping. Semua yang umi dapat harga paling murah RM 18 ringgit sehelai walaupun beli 20 keping(RM 360). Umi cuba cari yang boleh bayar ansuran(sistem kutu) namun tak jumpa. Tadi akhirnye umi jumpa. Seronok sangat coz kedai ni tengah bukak sistem kutu cloth diapers batch kedua.


Tiap-tiap bulan RM 50. Jumalah pemain 5 orang. Bilangan cloth diapers yang akan kite terima ialah 10 keping bercampur pelbagai jenis brand. Ok la tuekan. Takdala rasa mahal sangat. Umi tak mampun nak bayar sekali gus coz duit boleh digunakan ke perkara lain lagi.


Jadi umi join dua nama yang memerlukan pembayaran sebanyak RM 100 tiap-tiap bulan. Maknanye umi akan terima 20 keping cloth diapers. RM 500 untuk 20 cloth diapers yang bercampur brand.


10PCS CLOTH DIAPER MIXED DESIGN & BRAND TERDIRI DARI BRAND COOLABABY, QQBABY, BABYLAND, RAINBOW, SUNNYBABY, GGBABIES, HF LUXURY MINKY & FREE WET BAG. 


Kalo ada rezeki bulan ni start bayar. 


Nak join? Klik je kat bawah nie:


Sistem Kutu Cloth Diapers

























Kelam Kabut + Sakit Hati

Pagi tadi umiagak kelam kabut sikit dalam urusan anak. Biasanye umi bangun lebih kurang jam 6 pagi(kalo tido lambat 6.30pagi baru bangun). Selalunye kalo umi bangun anak-anak masih tido. Takdala sibuk sangatkan. Yeala nak panaskan nasi kembar lagi, nak sidai baju yang dah basuh malam tadi.

Tapi pagi tadi 3 orang anak umi bangun awal. 6.30 pagi dah bangun. Yang sulung kul 4 kejut cakap yak!. Adoila sayang. Dah basuh semua dia boleh pulak taknak tido. Kena marah baru tido. Tapi kul 6.30 pagi dah bangun balik. Pastu kacau adik langsung bangun semua.

Kelam kabut la mama. Nak mandi yang sulung pun nak join. Bagi mandi sekali pastu tak nak keluar syok dok main air. Biarkan dia umi gi bersiap sambil tengok nasi kembar atas dapur. Anak-anak umi kalo bangun pagi mesti dorang nak membuang. Kalo dah basuhkan umi terus bagi mandi je. Air tak berapa sejuk rumah umi. Kembar seronok kena air.

Tengok jam dah kul 7 pagi, kembar umi bagi mandi sorang2+ basuh berak. Fuh penatla. Dah bagi mandi siapkan  pulak sorang-sorang. Bayangkanla, kembar sekarang dah tak reti dok diam time nak pakai pampers. Pusing kiri dan kanan. Elok nak gam dia pulak melonjak ke atas. Ayokk makan masa nak siapkan dorang ni. Dah siap dorang nak kuarkan abangnye dari bilik air satu hal lagi. Adoi berperang dengan dia. Mak jadi harimau sekejap.

Dahla nak bagi pakai pampers payah. Kena pujuk elok-elok baru dia mari baring. Nak pakai baju pun sama. Kena cakap baju cantik barula nak pakai. Huhu penat.

Hari ni umi terpaksa bayar RM 20 kat pengasuh lama untuk menjaga anak-anak umi untuk hari ni je. Coz pengasuh baru umi dia gi ambik bantuan bagi ibu-ibu tunggal. Alhamdulillah pengasuh lama nak jaga. Bukan umi taknak jaga sendiri hari ni tapi umi dah kehabisan cuti. Terpaksala bayar orang untuk jaga anak-anak.

Tapi umi sakit hati dengan menantu pengasuh lama nie. Sebelum umi hantar pagi tadi, umi dah gi tanya pengasuh lama ni kat kedai dia.(jual nasi lemak). Dia suruh hantar aje kat rumah coz menantu dia tolong tengok kejap sementara dia nak habiskan jualan pagi. Umi pun pergila. Tapi bila sampai umi dapat ayat menyakitkan hati!!!!

Kalo ikutkan memang malas hantar. Yealakan bila kite sampai boleh pulak dia cakap sape nak jaga ni. Dia ada anak lagi. 2 sekolah dah 1 kecik sebaya kembar. Umi cakap elok-elok coz mak dia yang suruh hantar. Dengan muka toya, dia cakap le letak je kat dalam. Ada masa dia tengok. Coz mak yang nak jaga bukan saya. Adoila!!! umi memang sakit hati. Masuk kete gi jumpa balik makcik tue. Cakap boleh ke tak coz dah tak sedap hati nak hantar anak-anak coz dah dengar kata-kata menyakitkan hati.

Makcik tu cakap hantar je coz nanti dia balik. Dia dah kol anak dia lagi satu mintak tolong tengokkan kejap. Umi dengan keterpaksaan hantar jugak anak-anak kat rumah dia coz dah lewat nak masuk keje. Alhamdulillah anak dia yang ni memang umi baik dengan dia. Diam aje anak-anak umi dengan dia. Barula sennag hati umi. Tapi umi sempat jugak cakap dengan menantu dia: dah tak nak jagakan tak payahla main dengan anak saya. Nanti tak terjaga pulak anak akak.

Tengah hari kang nak balik tengok anak-anak jap. Risau kat hati tetap ada.

*** tak pasal-pasla hari ini N3 jadi panjang.