Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Kembar 2 Dah Makin Ramai.

Huhu best sangat asal aje gi jalan sekitar rumah ni mesti jumpa kembar. Tapi tak sempatla nak tanya nama juast tegur macma tu je kan. Nak ajak join kelab kembar pun tak sempat. Hihihi.

Baru-baru ni umi gi bawak kembar gi checkup kat hospital klang. Dalam dok menunggu tue datang ibu muda dengan maknye dukung baby kembar yang masih dalam pantang. Kembar lelaki. Comel sangat. Sempatla sembang dengan maknye tue. Kembar tu kena follow up balik nak check kuning.

Pastu nak ontheway gi parking nampak pasangan muda dukung kembar jugak. Anggaran dalam 2 bulan kot usia baby tue. Tapi mak pak dia sombongla. Kite senyum pun tak balas. Padahal lalu depan kite. Kedekut senyuman betul. Hihi.

Dulu gi taman shah alam jumpa jugak kembar 2. Ni anak cina. Usia dorang dalam 1 tahun lebih kot. Comel. Lelaki kedua-duanye. Dok minum susu dalam stroller. Cina ni baik senyum pastu tegur sapala jugak. Okla kan takdale sombong macam pasangan melayu yang umi jumpa baru ni.

Ni semalam pulak. Waktu gi pasar malam selepas waktu kerja. Nak beli barang dapur(lauk), terserempak pasangan kembar perempuan. Comel sangat. Bertegur kiteorang tengah-tengah pasar malam. Hihi. Cuma umi tak bawak kembar umi je. Kembar tu dah berusia 10 bulan kat papanye. Comel tau. Putih je budaknye. Keluarga ni dok kat batu 3 shah alam. Dekat sangat tapi tak sempat nak ambik contact number.

Sekarang musim kembar ek? coz masa twin masuk wad hari tue, nurse dok sembang kata minggu ini aje dah 4 orang dah bersalin kembar. Kembar 3 2orang dan kembar 2 2orang. Bertambahla umat di muka bumi.

Kaedah Perancang Keluarga.

Lepas kejadian "terbabas tahun lepas" gara-gara merancang sendiri umi dah takut selepas melahirkan kembar. So umi ambik pil perancang keluarga.

Lepas usia kembar 3 bulan umi try makan norriday coz masih menyusu kembarkan. Coz doktor cakap norriday sesuai dengan ibu yang menyusu coz susu takkan merudum.

ubat norriday

Tapi umi tak rasi dengan ubat nie coz perriod umi tak menentu. Kadang-kadang langsung tak datang. Pastu datang pulak kerap. Inila menyebabkan umi sakit kepala.

Last-last umi stop jap tanpa makan ubat perancang apa-apa selama 2 minggu. Last-last umi takut tersangkut tanpa disedari umi gi klinik swasta tanya pendapat doktor macam mana. 

Bincang punya bincang doktor sarankan umi ambik pil MARCELON. Tapi ini tidak berapa sesuai bagi ibu yang fully BF yea. Umi kan dah campur dgn FM tula umi berani ambik. Lagi satu MARCELON ni akan menambah selera makan.

Tula sesuai sangat dengan umi yang berbadan keding macam lidi ni. Sungguh umi cakap memang selera umi menjadi sejak makan pil MARCELON.

Bila dah makan ubat ni alhamdulillah habis je 21 biji ubat tue tunggula 3 hari datangla period. Ubat ni doktor tu cakap period confirm datang. Cuma kena hari-hari makanla. 

Cara makan dia macam ni :
  • Ubat ni dia dah set dah hari-harinye. So makan ikut harinyela. Kalo korang start makan rabu , ambikla ubat yang tulis hari rabu.
  • Bagi umi, umi suka makan waktu malam. Senang ingat.
  • Sentiasa makan di waktu yang betul. Macam ni kalo korang start makan kul 8 malam teruskanla sampai ubat tu habis.
  • Tapi andai korang lupa makan malam tersebut dan pagi esok baru ingat, terus je makan jangan tangguh.
  • Bila dah habis makan ubat tu(21 biji) korang tunggu la dalam 2 3 hari confirm period korang datang.
  • Pastu start sambung balik makan lepas 1 minggu(7hari). Andai korang last makan ubat(yang ke 21) hari selasa, korang kena start makan hari selasa balik.
  • Andai korang lupa makan dah cukup 1 minggu baru nak mula, elakkan bersama suami 7 hari permulaan makan pil. Lepas tu nak bersama teruskan jela.


Ini rupa kotak dan pembalut luar ubat perancang.

Ni rupa depan dan belakang.

Macam Kembar 3 Pulak..





Bila tengok-tengok balik gambar header umi kat atas tue dah macam kembar 3 pulak. Dahla sama dok meniarap pastu pulak nama adha,atiqah dan aqilah. Sudah rupa kembar 2 perempuan 1 lelaki. Tapi cuba teka kat mana kantoi dalam gambar tue?
































Tarikh kat gambar adha tu yang kantoikan kat atas tu bukan kembar 3. Hihi. Cuba bayangkan umi kembar 3 makin kurusla jawabnye. Ni pun baju semua nampak dah mengelebeh. Terutama seluar kerja, dan setengah baju kurung.

Tapikan kalo lepas ni pregnant dapat kembar 3 best jugak.  Tutup kilang terus. huhu. Tapi biarla anak-anak yang ada ni besar dulu. Bagi umi dan suami bernafas dulu baru boleh rancang anak berikutnye.