Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Akhirnye, Terlepas Jugak...

Ntah macam mana boleh berlaku umi pun tak tau. Tak dirancang pun nak buat perkara ni hari ni. Coz pagi tadi umi tak sentuh pun kereta coz suami yang bawak hantar anak-anak rumah pengasuh.

Tapi alhamdulillah mama dah berjaya sepenuhnye setakat inila bawak kereta tanpa suami disebelah jauh perjalanannye(jauh bagi umi). Iaitu drai rumah ke tempat keje.

Kejadian ni baru berlaku tengah hari tadi. Pergi kerja naik motor je. Tak teringin pun bawak kereta. Tapi tadi tengah hari umi keluar gi beli stock susu anak dan sedikit barang dapur. Termasuk jugak pampers anak yang besar gedabak.

Dah habis bayar baru teringat umi naik motor macam mana nak bawak balik barang-barang yang banyak. Berbungkus - bungkus beg plastik. Susu saje 4 paket, pampers 2 beg saiz M dan XL. Dan barang-barang dapur. Penuh motor tue.

Akhirnye cakap kat kedai tue nak tumpangkan kejap barang boleh tak sampai petang. Tunggu en suami sampai. Tapi tak bolehla plak. Coz takut nanti towkey kedai cakap staff curi barang pulak. Makanye, terpaksala balik ambik kereta untuk angkut barang-barang yang dah di beli. Mujurla boleh tumpangkan kejap coz nak balik ambik kereta.

Alhamdulillah, umi berjaya bawak kereta dari rumah ke kedai tue. Jauh jugak bagi umi yang tak biasa bawak kereta. Dah selesai kat situ, umi malas pulak nak hantar kereta balik rumah. 2 kali kerja pulakkan. Nak ambik motor. Tengok jam dah nak dekat kul 2. Telefon suami cakap nak bawak kereta gi office dia bagi. Alhamdulillah berjaya sampai dengan selamat. Parking pun cantik je padahal selalu fail bab parking dan undur.

Tula kan orang cakap, kalo tak cuba sekarang bila lagi nak pandai betul tak. Tapi umi kalo suami ada sebelah payah sikit tau. Suami kuat tegur benda kecik. Bila kena tegur umi dah gabra. Hihi umi dahla nerves pastu kena tegur terus terbantut. Hihi...

Memang Fotostat Muka 3 Beradik Nie


Bila tengok balik gambar anak-anak dari kecik sampai sekarang memang tak jauh beza muka dorang. Dari segi mata yang bolat,  mulut yang kecik dan rambut yang tak seberapa nak lebat. Kalo tak diasingkan gambar ikut nama memang boleh confius mana satu abang, kakak dan adik.

Tengokla gambar di atas tue. Hampir sama je muka dorangkan. Cuma berat je lain. Kembar ringan sikit dari abangnye. Masa kat kampung ramai cakap kening dorang ini ikut india. Kening dorang ni jenis lebat. Nasib baik kulit tak ikut india. Hihi. Inila kesan berjiran dengan india. Nak hidung tinggi last-last dapat kening.

Mulut dorang adik beradik ni jenis kecik je. Payahla sangat nak suapkan makan. Banyak kat luar dari masuk dalam mulut. Kalo nak suap bubur nasi kena pakai sudu kecik je. Kalo sudu yang 1 set dengan mangkuk makanan baby tue hujung je boleh masuk kalo dia tak bukak mulut besar.

Mata dorang ni tak tau la ikut sapa. Umi atau ayahnye. Dah mak dan ayahnye jenis mata bolet jugak kot. Tapi okla kan dari mata sepet. Hihi.

Bab rambut memang umi tak tau kenapa rambut dorang sikit. Yea la mak paknye rambut kemain lebat. Tapi kena ke anak rambut sikit. Nipis sangat. Waktu hamil minum ais bukan main lagi nak bagi rambut lebat tapi tak jugak lebat. Erm, nasibla kembar ada jugak nampak hitam rambut time sekarang. Kalo adha nak dekat 1 tahun baru nampak rambut.



Perbezaan rambut.
Dah nama keluar dari yang samakan mestila semua sama. Atenye dah adik beradik orang tua-tua cakap. Takla jauh bezanye.

6 Cara Mengenali Waktu Subur (wanita)

Buat kaum hawa yang sudah berkahwin. Mesti perlu tahu bagaimana nak tahu bila time waktu subur diri sendiri. Ini akan menyenangkan diri anda salam proses menambah cahaya mata. Di bawah ini umi nak konsikan sedikit tips/info cara untuk mengetahui diri anda dalam waktu subur.

1.       Perubahan Mukus Serviks:
·         Apabila tiba waktu pengovulan, mucus serviks akan berubah sama ada drpd segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Kalau bukan waktu pengovulan rupa mukus serviks agak melekit ataupun tiada langsung. Kalo waktu pengovulan mucus serviks lebih banyak dan kelihatan spt putih telur dan boleh merenggang  sehingga 1 inci.

2.       Keinginan Seks Meningkat:
·         Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan mengadakan hubungan intim di dalam tempoh ini. Lazimnye ia berlaku beberapa hari sebelum prosespengovulan berlaku. Waktu ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan hubungan intim.

3.       Perubahan Suhu Tubuh:
·         Mencatat BBT merupakan kaedah yang blh diaplikasikan utk mengesan ovulasi di kalangan wanita hamil. BBT akan meningkat dan kekal tinggi sehingga tempoh pengovulan. Ini disebabkan oleh kehadiran hormone progestron.

4.       Perubahan Kedudukan Serviks:
·         Sama seperti perubahan mucus serviks ketika prose pengovulan kedudukan serviks turut berubah . Apabila anda sangat subur serviks akan lebih tinggi ,lembut dan terbuka.

5.       Payu Dara Lembut:
·         Terdapat segelintir wanita mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Ini dikaitkan dgn hormone yang terkandung dlm tubuh di mana ia sdg melakukan persiapan utk kehamilan yang mungkin terjadi.

6.       Ujian Penunjuk Waktu Subur:
·         Salah satu lagi cara utk anda mengetahui waktu subur adalah menggunakan kit petunjuk waktu subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing utk diuji sehari sekali selama 1 minggu sebelum anda menjangka waktu pengovulan.