Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Burpp.... Kenyang. Ty Boss

Tak senonoh betul umi. Boleh plak berlahak kat sini. Hihi. Bukan apa hari ni umi kekenyangan coz dapat makan free kat office tengah hari tadi. Sedap sangat.

Hari ni big boss tempat umi keje belanja makan tengah hari. Tidakla jauh dari tempat umi berkerja. Di seksyen 9 je. Kat restoran pelita(plaza masalam). Ni first time umi makan kat sini. Memang puas hati la. Sedap!!!.

Tapikan bila pergi kat restoran ni macam restoran antarabangsa dah pun. Bermacam-macam negara ada makan kat situ. Bermacam-macam jenis kulit dan gelagat orang.

Apa-apa pun makanan kat situ memang sedap tambahan plak dengan kari kepala ikan memang menyelerakan. Makan pulak waktu tengah harikan. Kenyangla, dijamukan plak dengan rojak(pasembur), dan buah-buahan. Tak terhingga kenyangnye. Sengkak perut di buatnye.

Ty boss... Lain kali belanja lagi. hihihi.


*** sorry gambar takda la.. Tak minat nak tangkap time makan. huhu.

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari kelima)

Hari ni kereta dah terlepas bawak ke office gara-gara hujan di pagi hari. Alhamdulillah hari ni umi berjaya bawak kereta hantar anak-anak gi rumah pengasuh. Mungkin anak-anak tak meragam yang menyebabkan kejayaan umi pagi tadi.

Tapi bawak kereta ke office bukan umi yang bawak tapi kawan umi yang bawak. Coz dia pun gi keje naik motor. Alang-alang dia pandai bawak kereta umi suruhla dia bawakkan ke office. Tidakla kami basah. Ty aisyah.

Hari ni anak-anak dah sihat. Semalam mungkin dia tak selesa coz kepanasan sikit. Cuaca kat shah alam ni panas sikit. Tak berapa nak hujan. Kalo hujan pun kejap je pastu berhenti. Maafkan mama sayang. Mama tak nak pasang aircond coz anak-anak mama tak boleh sejuk sangat kang sakit mama jugak susah.