Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari keempat)

Pagi ni mama gagal. Erm, sedih. Ntahla kenapa. Mungkin gara-gara mama tak cukup tido. Kembar tak berapa nak sihat. Bergilir-gilir nangis. Sekejap kakak, pastu adik. Hanya selang tak sampai setengah jam.

Hari ni mama gagal membawa keluar kereta dari parking. Mungkin mama tak sanggup dengar kembar nangis di letakkan dalam car seat. Bila kembar nangis hampir saje kereta bersagat dengan dinding. 

Mujur suami ada. Suruh suami aje bawak kereta coz kembar kalo dah nangis tak nak dengan sapa-sapa. Termasuk ayahnye. Tambah lagi dia dah kenal orang lagila payah nak bergilir. 

Mintak-mintakla kembar dah beransur sihat. Mama penat sayang. Malam tadi tido mama setengah jam sekali mama bangun. Mama rela sayang. Walaupun sambil duduk aje mama malam tadi. Tapi mama mintak malam ini anak-anak mama baik-baik aje ye sayang.

Oh, Bukan Umi Punya.

Berbalik pada N3 ini umi mintak maaf sangat. Gambar tue bukan umi punya tau, Perut umi masih kosong lagi buat waktu ini. Luka yang timbul ni pun masih perit tatkala mendukung anak sulung yang berat dah cecah 15 kg.

Tidak dapat bayangkan andai umi mengandung lagi. 3 anak yang masih kecil ini pun dah membuatkan umi letih dari segalanya inikan nak tambah satu lagi. Andai pulak kalau umi pregnantkan kembar lagi. Huhu haru-biru jadinye. Oh my god!

Erm N3 ini umi buat kerana umi sedih sangat. Banyak sangat dah kejadian buang bayi berlaku baru-baru ni. Terasa seperti bayi tu anak umi. Ya Allah,. Begitu senangkan dorang mengandung, begitu senang dorang beranak tak payah nak muntah-muntah macam kite. Tidak payah nak pergi hospital nak beranak. Mudah sungguh proses dorangkan.
Apakah dosa anak ini?

Tidak berperikemanusiankah dorang ini. Mana pergi sifat berani korang sewaktu berseronok membuat "anak" dahulu. Tidak pulak risau nyawa itu hidup dalam rahim korang. 

Time seronok dalam hutan pun takpe.

Erm, umi sedih. Ramai orang yang mahukan anak tapi tak dapat. Ramai yang mahukan anak, tapi tak berjaya sampai cukup waktunye. Tapi dorang suka hati aje buang. Time buat nak, dah dapat isi pastu buang. Ntah apa nak jadi zaman sekarang. 

Semoga Allah berikan hidayah buat orang-orang seprti ini. Amin.