Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Nak Dapat Anak Lelaki? Jom Amalkan

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki: 

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin): 

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan : 

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Nak Dapat Anak Perempuan? Jom Amalkan Benda ni.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dari kiraan hari pertama datangnya haid)

Kenapa dalam waktu subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dapat diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin): 

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (janganlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan : 

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam untuk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Owh, dah 7 bulan rupanye.

Macam mimpi aje bangun pagi tadi. Tengok aje kembar kejap aje rasa masa berlalu. Dah 7 bulan usia anak dara umi berdua tue.

Alhamdulillah. Tiada kata-kata yang mampu umi keluarkan. Cuma umi panjtakan doa semoga kesihatan twin makin bertambah baik dan kurangkanla penderitaan twin. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik jugak kepada umi supaya dapat menjaga anak-anak.

Berbalik pada twin, dah makin ligat dah. Makan 4 kali sehari kalo duduk dengan umila(sabtu & ahad). Makan nestum dan nasi kisar. Yang paling ligat adalah adiknye(aqilah). Adik dalam percubaan untuk merangkak. Coz dah dok mengangkat montot dan dada aje hari-hari. Nak merangkak je tak lepas lagi. Kakak pulak dok asyik guling je mengejar adiknye. Kakak lebih pendiam sikit dari adik.Kakak lebih domok sikit dari adik mungkin sebab tula kakak lambat sikit kot.

Tapi apa-apa pun dorang tetap anak-anak umi. Termasukla anak teruna sorang umi tue.

Ramai orang cakap muka dorang muka fotostat adha. Betul ke?

Nila orang suka buat kelakar dalam rumah.