Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Ahad

Makin Besar Makin Sama



Dah nak masuk 7 bulan dah usia twin. Cepatkan masa berlalu. Macam baru sangat ngusung twin dalam perut. Sekarang dah dok kat luar dah pun.

Twin dah start makan masa umur 6 bulan baru ni. Alhamdulillah tidak start awal macam abangnye dahulu. Tapi bab makan ni fail sikit bagi twin. Bermacam-macam resepi try termasuk bagi nestum beras merah. Masalahnyekan twin first(atiqah) makan je apa yang umi suap tapi aqilah(second) cerewet sikit. Suap dalam mulut banyak yang keluar.

Semalam pengasuh suruh try bagi nestum gamdum+madu. Alhamdulillah aqilah telan. Cerewet sungguh citarasa anak umi yang nie. Tapi umi tetap bekalkan bubur kisar tiap-tiap hari. Malas nak ajar nestum kedai. Jimat sikitkan.

Dah nak masuk 7 bulan ni muka makin lama makin payah nak beza. Makin seiras tengok. Adoila sayang. Umi pun kadang-kadang boleh keliru kalo time tidola. Tengokla gambar kat atas tue, boleh korang beza mana satu adik mana satu kakak?

Kalo time dorang jaga senang aje cam nye. Adik dah laju je menjulur ke depan. Kakak masih dok guling-gulingkan badan mengejar adiknye.