Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Kisah Aku & McDonald's

Spicy Chicken McDeluxe
Hari mcdonald telah menjadi menu lunch umi. Sebenarnye umi ni tak berapa minat makanan fast food. Kalo KFC boleh katakan tiap bulan mesti suami bawak balik sampai dah muak dan bagi kat orang. Umi dengan anak tak minat mana pun. Tapi hari ni dah ada orang belanjakan dapatla makan burger kat atas tue. Umi banyak-banyak McD burger ni je yang umi suka. Ntahla kenapa. Mungkin yang ni je kena citarasa umi.


GCB
Tapi burger ni ada kisah tau dengan umi. Ni kisah masa mengandung kembar baru ni. 

Masa burger ni baru keluar umi teringin sangat nak makan. Ntah kenapa umi tak tau. Masa ni umi tak tau lagi umi pregnant tau. Dah 1 minggu asyik teringat je burger ni. Last-last satu hari tu, suami gi keje kul 8 pagi umi suruh dia gi beli. Gilerkan umi. McD pun tak buka jualan lagi. Siap suruh suami gi drive true kot dah bukak. Tak sabar sangat dah nak makan.

Bila gi kat drive true pun dia cakap kul 10 baru dia bukak. Aduh kecewa tau bila umi dengar. Suami gi try tempat lain plak tetap sama. Last-last kul 11 pagi baru boleh makan. Tapi takdala sedap mana pun. Tak habis pun umi makan. Mungkin kerana tekak ni teringin(mengidam) time tue kot. 

3 hari lepas makan GCB baru umi tau umi pregnant. Barula terlintas dalam hati, patutla nak sangat makan rupanye aku ngandung. Itula kisah umi disebalik McD ni.

Gambar Bersama Staff Office

Tak Berapa Lengkap Lagi geng staff perempuan.

Tak cukup sorang staff perempuan(baju kelabu HQ punya Staff)

Tak silap tak cukup 2 orang staff lelaki kalo tak semua staff dah lengkap.