Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

21 September 2011- Adik "Meninggalkan"Kakak.

Atiqah je, mana si adik aqilah?
Tajuk yang boleh wat kontrovesi kan. Itu bukan bermakna umi mendoakan benda yang tidak elok buat anak-anak umi. Tapi pada tarikh semalam hilang penat badan akibat dari open house apabila melihat twin.

Alhamdulillah, aqilah(adik) telah berjaya meninggalkan kakaknye di belakang. Bukan berlari tau. Tapi adik dah berjaya menjulur meninggalkan atiqah. Kalo nak ikutkan perkembangan dorang agak slow sikit dari abnagnye. Tapi takpelakan janji dorang sihat sudah.

Atiqah agak mengalah sedikit dari adiknye. Memanglakan namanye kakak. Dari segi progress adik lebih cepat dari kakak. Waktu niarap dahulu pun adik dulu baru kakak. Sekarang menjulur adik dulu jugak meninggalkan kakak.



Adik yang dah duduk atas lantai meninggalkan kakak.

Dari segi lasak waktu meniarap adalah kakak(atiqah). Kenapa umi cakap macam tue. Kalo tido letak atas toto sekejap je pas bawah. Dia kuat memusing bila di bawah. Berbanding dengan adik(aqilah) yang lebih suka niarap diam-diam je kat atas toto. Nak nampak dia berguling memang jarang sekali.