Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Korang ADa Petua? Tolong Kongsikan Bersama Umi.

Umi dah tak tau nak wat macam mana. Boleh katakan tiap-tiap bulan benda ni datang. Dah cuba elakkan segalanye tapi tetap juga datang. Umi dah buntu.

Bila dia datang tido malam ku tidak lena. Tido macam tak tido. Bermacam umi pikirkan. Rungsing. Dahla tinggal dengan anak je. Kalo jadi apa-apa macam mana nak gi hospital/klinik. Dah la lesen kereta takde. Harap kereta je ada tapi suami je pandai bawa.

Nak elakkan penyakit ni datang umi jarang bawak kembar keluar. Hanya pergi dan balik rumah pengasuh. Perjalanan paling jauh adalah Shah Alam ke Perak, Perak Ke Kelantan dan Kelantan ke Shah Alam. Kalo kuar baju lengan panjang, kete tak on pun aircond kecuali kalo cuaca terik sangat. Malam tido berlengan panjang walaupun kembar berpeluh. Kipas hanya pasang kipas atas je. Itupun macam takde kipas je.

Minyak angin tak pernah lepa mesti pakai, Stoking pun sama. Tapi di mana silapnye? Bermacam-macam idea umi dah cuba tapi nampak macam tak berhasil.

Malam ni dah masuk 3 malam tido tak lena. Twin second(aqilah) kuat sangat batuknye sampai satu tahap bibir dah biru. Umi bawak gi ambik gas. Pum sendiri kat rumah tiap-tiap 4jam. Atiqah pun sama tapi takde seteruk aqilah.

Please kawan-kawan, kalo ada petua apa-apa tolong kongsikan bersama umi. Umi taknak anak umi sakit. Umi bukan orang senang nak selalu gi ambik gas kat klinik swasta. Nak ke hospital kerajaan jauh jugak dari rumah. Kalo pergi umi takut twin kena tahan wad. Umi taknak badan anak umi penuh dengan wayar. Umi tak mampu nak tengok lagi. Umi dah tak kuat.