Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Akhirnye Bermalam Jugak Kat Situ.

Erm benda yang nak di elakkan akhirnye kena jugak.
Dari rutin follow up di hospital terus kena warded.
Alhamdulillah tak lama kembar bermalam di sana.
2 hari 1 malam je.
Just nak pantau dorang punya paru-paru sebab berbunyi dan nafas dorang yang laju.

Walaupun kembar sakit tapi aktifnye tak macam orang sakit.
Cuma kalo ni dorang dah pandai.
Dulu kalo pakai oksigen di hidung tak nangis nak buang.
Tapi kali ni siap tak nak tido.
Keje nangis je.
Maka nye time dia ngantuk terpaksa la bukak.
Time dia jaga pasang balik.

Akhirnye bermalam la umi semalam di HTAR.
Sampai kan nurse/Doktor dah kenal dah kembar.
Siap dorang cakap jumpa lagi.
Habisla twin kena usung dengan dorang.

Mintak-mintakla dah takda dah masuk wad.
Bukan apa penatla.
Pastu sedih tengok anak-anak kena cucuk sana-sini.