Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Persiapan Menyambut Kembar.

Umi nak berkongsi serba sedikit mengenai persiapan menyambut kembar.
Buat ibu - ibu yang bakal dapat kembar mungkin boleh jadi panduan.

  • PERSIAPAN BARANGAN BABY
- Dah nak dapat anak kembarkan mestila semua nak double. Baju, sarung tangan, sarung kaki dll semua nak double. Oleh itu kalo boleh mulala beli dari awal. Coz senang. Takut nanti dah sarat takut tak larat nak jalan gi shopping. Nak beli barang memerlukan bajet yang tinggi coz semua nak double. Macam umi yang gaji tak seberapa memang umi beli sikit-sikit.

  • KEWANGAN
- Ini adalah aspek yang paling penting bagi umi. Bila ada anak kembar kewangan jugak haru kembar. Macam umi anak 3 hantar ngasuh saje dah 6ratus, campur susu, dan kalo anak sakit bajet sebulan untuk anak-anak dalam 1500++ . Banyakkan. Jadi kalo nak senang menyimpanla dari sekarang.
  • KESABARAN
- Kesabaran jugak perlu ada. Kalo kembar anak sulung umi rasa takda la tinggi kesabaran yang di uji. Tapi kalo anak rapat macam umi hanya Tuhan yang tahu. Terutama bila kembar demam dan si abang pulak buat perangai nak perhatian. Bagi umi kesabaran umi teruji bila anak-anak sakit. Umi perlu kuat demi anak.
  • KERJASAMA
-Kerjasama jugak penting bagi suami isteri dalam pernanan menjaga anak kembar(umi tak kot). Janganla terlalu mengharap isteri je menjaga anak. Suami juga perlu memainkan peranan. 
  • MASA
- Bagi umi masa juga perlu dikorbankan dengan anak-anak. Tak tahula bagi orang lain. Umi rela bercuti dari gi kerja tatkala anak-anak sakit. Kalo dulu anak sorang rajin gi jalan tapi bila kembar kena korbankanla masa tu duduk kat rumah je. Main dengan anak-anak.