Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Nak Satu Boleh Dik!

Ayat yang selalu dengar sejak dapat kembar.
Sebelum twin keluar lagi dah ada orang mintak.
Huhu idak sanggup teman nak pisah dengan anak-anak.
Biarla susah mana pun umi sanggup jaga.
Anak adalah harta yang takda nilai.

Banyak-banyak orang yang cakap umi takleh lupa masa masuk hospital baru nie.
Adalah satu kakak ni ada anak dua.
Dua-dua lelaki.
Boleh dia datang kat katil kembar siap cakap:
" Dik, kembar yea"
Umi jawab ," a.ah kak. Kembar".
"perempuan ke dik".
"a.ah kak, dua perempuan".
"bagi kat akak satu boleh".
........
"Bagila dik, akak bayar. akan bukan dok jauh pun. dik boleh datang tengok selalu. Anak akak dua-dua lelaki. Nak anak perempuan dah tak leh mengandung dah."
........
"Kite gi wat surat anak angkat nak?".
Umi jawab," erm, akak wat masa ni saya tak sanggup berpisah dengan anak. Biarla saya jaga. Walaupun sakit.".
Terus kak tu berlalu pergi.

Erm salah ke kata-kata umi?



Degil ke Nanti?

Nampak tak 2 pusar?
Erm orang tua2 cakap kalo kepala lebih dari 1 pusar degil bila besar nanti. Boleh caye ke. Anak sulung umi yang 1 pusar tu pun dah tak terkawal lasaknye. Lagi cakap lagi di buat. Huhu..

Harap-harap kembar takdela macam ni. 

Tapi rasanye takleh pakai jugak kot.
Yeala semuanya atas didikan ibu bapa jugak kan.
Kalo elok di asuh elok la jadinye.