Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Baby Gap Hanya Rm 25...


Rm 25 

Size:

18-24m
2y
3y
4y
5y 
6y

Nak order? Klik gambar okey...

Sambungan N3 Moga Tidak Berlaku Lagi.


Selepas dilekeluarkan dari NICU alhamdulillah kesihatan kembar makin pulih cuma wayar oksigen je tetap kena pakai. Atiqah masih diteruskan antibiotik. Aqilah dorang stopkan. Demam atiqah dah beransur turun. Ingatkan esok atau lusa boleh balik. tapi tidak.

Dalam kul 6 petang atiqah dah kerap merengek. Pegang badan panas. Panggil nurse check suhu. Coz panas sangat kepala dan badan atiqah. Kebetulan time tu memang time makan ubatkan. Kalo panas sangat dalam 38'c ke atas dorang tak bagi ubat demam jenis syrup tapi masuk ubat bontot. Check suhu atiqah naik sampai 39'c lebih. Terkejut umi. Tak sampai 2 jam keluar dari wad NICU dah panas balik. Masuk ubat bontot. Pantau dalam 4 jam sekali. Dalam kul 10 malam check suhu turun sikit je masih dalam 38'c lebih. Ubat bontot masuk lagi dan datang doktor pasang jarun(drip) kat tanganatiqah nak masuk balik antibiotik sama macam aqilah. Maka tak bolehla balik. Duduk hospital.

Hari kelima doktor nak try offkan oksigen dorang coz dada dah tak laju bila nafas. Alhamdulillah Spo2 tue dorang 95 ke atas bila oksigen di bukak. Tapi tak tahan lama. Paling lama bertahan dalam 5 jam pastu turun kadang-kadang sampai 84. Pasang balik oksigen. Jarum kat tangan tue tak payah citer berapa kali tukar coz jarum larila, ubat tak masukla, tercabutla. Dan jadi hitam bekas cucuk terutamanye aqilah. Sampai ke kaki.

Hari ahad tu umi mintak keluar jugak coz oksigen dorang pun dah off. Doktor suruh bagi MBI(pum macam asma)




Ubat macam ni la kembar guna.



Corong macam ni.

Macam ni la gaya bila guna.

Gambar dari blog Anas



Pum setiap 4jam sekali bila perlu. Tapi umi wat tiap hari-hari coz nafas dorang nampak kadang-kadang laju lagi. 22 haribulan ni follow up balik. Harap dah baik. Rasa penat dok hospital. Kesian suami nak berulang alik dari rumah yang jauh. Kesian adah terabai.