Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Moga tidak berlaku lagi.


Yea gambar kat atas di tangkap semasa kembar di tahan di wad nicu HTAR. Gambar ni je yang sanggup umi tangkap. Coz gambar lain menangis tak leh nak tengok. Di badan penuh wayar, kalo aqilah wayar susu ikut hidung ada. Hati ibu mana tak sedih anak minum ikut wayar. Pakej 7 hari di hospital HTAR aku tempuh dengan tangisan air mata. Sehari di NICU buat aku terseksa. 6 hari di wad biasa pun sama.

Aku tak sangka hanya kerana demam yang melanda aqilah terlebih dahulu sejak hari khamis berjangkit dengan atiqah pada hari sabtu. Demam on off tapi hari sabtu makan ubat dah tak jalan. Makin panas. Susu kering di kawasan bibir kembar. Telefon suami suami suruh balik coz aqilah makin lemah. Tak bermaya. Banyak tido. Sampai je suami jam 12 malam hari sabtu terus kami anak beranak ke HTAR.

Jam 1 Pagi (24.07.2011) tiba di hospital daftar, check suhu aqilah dah nak cecah 40'c. Memang panas sangat okey! Memangdangkan aqilah dha tak bermaya terus doktor dahulukan kes umi. Kembar di masukkan ubat bontot. Pantau dalam sejam. Kul 2 pagi panas turun sikit je. Ya Allah, sayu hati mendengar tangisan kembar tatkala darah di ambil. Lepas dapat keputusan darah putih melebihi darah merah. Kuman pun ada sikit terus di tahan di wad.

Jam 3 pagi, masuk wad 6B, di soal siasat dengan doktor. Kul 4 pagi baru dapat katil. Tak tido semalaman umi. Berjaga. Coz nak tido datang nurse ambik suhu, check oksigen baby, masuk ubat. erm alhamdulillah panas makin kurang.

Jam 9pagi, datang doktor pakar, check dan wat X-ray. Aqilah didapati ada jangkitan di paru-paru. Confius macam mana boleh dapat.

Jam 2 petang, nafas aqilah dah makin laju. Oksigen tapi spo2 dia masih tak memuaskan. Bagi gas 2 jam sekali tak memusakan jugak. Datang doktor pakar lagi sekali, dia decide kalo kul 5 petang masih tak elok dan masih laju akan di transfer NICU.

Jam 3 petang atiqah mengalami keadaan yang sama macam aqilah. Menitis air mata. Bila menyusu lagi kuat dia nafas. Dorang dah tak makin aktif. Banyak tido. Minum susu sikit je dah tido. Doktor tak tunggu lama terus transfer ke NICU. Bertambah laju air mata mengalir. Tatkala melihat wajah kesyangan memakai topeng oksigen. Paling teruk aqilah dengan wayar susu di hidung.

Bermalam kami anak beranak di nicu selama 1 malam. Bersyukur ya Allah keesokkan jam 5 Petang (25.07.2011) dorang dah boleh keluar dari NICU.

Bersambung...


Nantikan n3 di wad biasa...

Iphone?

Teringin nak pakai???
Nak murah pulak...
Klik je gambar kat atas okey...