Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Demi Anak Ku Turutkan Jua...

Inila aktiviti harian umi dengan adha.
Balik keje bagi tido si kembar, masak(kalo sempat),kemas rumah & layan anak.
Penatkan. Tiada istilah rehat bagi umi.

Adha anak sulung umi hari-hari nak ajak lepak depan rumah. Yeala kalo kite pun bosan kan kalo seharian terkurung dalam rumah. Lagipun adha masa kat kampung neneknye ajar keluar berjalan tiap-tiap petang naik motor. Tapi balik sini sape yang nak bawa?
Umi?
Kalo pandai bawa kereta takpela ini motor je pandai. Macam mana nak bawa kembar lagi.
Erm jadi terpaksala melayan adha main kat luar pagar rumah walaupun diri ini dah penat.
Dari mendengar dia merengek nak keluar baik layan je permintaan dia tapi dengan syarat biar kembar tido dulu.







Sukanye dia bila bebas bermain di luar.

Jelir lidah kat mama bila mama panggil tengok kamera

Alahamdulillah adha main depan pagar je tak naik atas jalan.

Mengundur nak gi sembang dengan unty india sebelah rumah

Bulat je mata tengok mama. Mata mama dah layu yang oi...


Melarikan diri bila mama nak ajak masuk tido.

terbongkang tido setelah kepenatan main.
Setelah semua anak tido barula umi nak kemas rumah yang tak sempat siap mengemas. Lipat baju kalo larat lagila...


Bukti Saya dah Ada 3 anak...


Inila bukti umi dah ada 3 orang anak okey.
Tak caye lagi ke?
Erm kena tunjuk kad nikah jugak kot coz kat mykid kan nama ayah je ada nama ibu takda.
Takpun datang je kat rumah tengok betul ke tak.


Lahir kembar 6 Dalam 3 minit...

BIRMIGHAM- Seorang ibu, Heather Caroll melahirakan bayi kembar 6 dalam masa cuma 3 minit di sebuah hospital di sini, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
 Kelahiran lima bayi perempuan dan seorang bayi lelaki pada sabtu lepas menerusi pembedahn caeseran itu merupakan hadian terbaik sempena hari bapa buat suaminye Mitchell.
 Caroll, 30, yang berasal dari daerah Dallas, Texas, dimasukkan ke sebuah hospital di negeri Alabama sejak berapa minggu lalu sebagai persediaan menanti kelahiran luar biasa itu.
 Lebih 50 petugas profesional di Pusat Perubatan Brookwood di sini membantu menyambut kelahiran enam bayi berkenaan yang berada dalam keadaan sihat dan memliki berat badan di antar 0.7kilogram hingga 1kg. -Agnesi

(sumber dari berota kosmo)

Maafkan Mama Sayang..

Aku rasa berdosa terhadap anak sulungku, Adha. Aku rasa macam aku mengabaikannye walaupun aku sudah mencuba membahagikan masa aku terhadap anak-anak. Aku bukan robot yang mampu buat dalam semua benda sekelip mata. Aku manusia lemah, yang tidak mempunyai kedurat seperti seorang lelaki. Aku seorang wanita yang lemah.

Adha,
Maafkan mama sayang.
Kadang-kadang kerenah adha membuatkan mama letih untuk melayanmu.
Mama tidak mampu nak melayan 3 anak dalam satu masa.

Adha,
Mama tahu adha masih kecil untuk memahami situasi mama.
Mama walaupun penat mama akan cuba sebaik mungkin untuk melayan dirimu.
7 hari seminggu mama menjaga anak-anak mama tanpa bantuan ayah.

Adha,
Mama berharap adha akan faham bila besar nanti.
Adha mempunyai adik perempuan kembar yang masih kecil.
Mama harus membahagikan masa sayang.
Mama kena tidokan adik-adik dahulu baru mama boleh bawa adha bermain di luar.
Tapi apakan daya, adik adha kadang-kadang meragam mengikut cuaca.

Adha,
Maafkan mama.
Mama kadang-kadang terlepas amarah mama pada adha.
Bila kerenah adha membuat mama naik geram.
Tapi mama tidak berniat sayang.
Mama nak adha faham tapi mama silap dan lupa.
Adha masih kecil bukan dengan marah dan pukul untuk mengajar adha.
Tapi mama mati akal bila adha sentiasa memberontak bila tidak dikutkan kehendak adha.
Mama tahu adha mahu perhatian dari mama.

Adha,
Mama mintak maaf banyak-banyak padamu.
Mama akan cuba mencari alternatif lain untuk melayan mu tiap-tiap petang.
Mama akan cuba menjadi mama terbaik buat anak-anak mama.