Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Bentan Dalam Pantang...

Kali ni umi nak kongsi cerita di mana umi kena bentan dalam pamtang. Tak tau mana silapnye sampai boleh kena.

Umi tak ingat hari keberapa umi kena. Tapi seingat umi dalam belasan harila umi dalam pantang. Umi tak tau yang tu adalah bentan. Memang azab.

Umi berpantang bukan pantang moden. Umi berpantang secara tradisional. Mak yang jaga. Nak keluar rumah confirm tak boleh. Duduk la dalam bilik. Nak masage dengan suami pun curi-curi ok. Coz mak umi pesan kalo anak tido baik umi tido jugak kalo tak anak bangun mulala mengantuk.

Perkara ni terlalu pantas. Malam kejadian tue umi baru lepas pum susu yang bengkak teramat sangat sampai menangis. Dapat dalam 15oz. Lepas pum umi dah jadi gelap mata. Cakap kat mak suruh adik beli panadol. Kebatulan plak malam tue hujan. Kena tunggu hujan berhenti baru boleh gi beli. Coz naik motorkan.

Dalam dok tunggu hujan seriat, umi dah start menggigil okey atas katil. Pakai stoking pun masih terasa kesejukkan tapak kaki. Memamg takleh berlaga. Berlaga peha ke, lutut ke memang sejuk. Sampaikan mulut turut sama bergetar. Menangis-nangis umi sampai mak masuk. Mak umi pun pelik ok macam mana boleh kena. Suhu badan naik sampai 39'c.

Mak umi sapu minyak angin(panas) umi tak terasa langsung okey. Yang umi tahu umi kesejukan yang dah tak terbendung. Macam dok dalam bilik beku. Pakai sweater, selimut nipis 2 helai, toto pun 2 helai tetap umi teras sejuk. Sampai satu tahap umi dah nak jadi kejang okey. Mak siap tarik kaki umi bagi lurus takut umi jadi tarik. Muka umi tak payah cakapla pucat. Nak bagi hilang sejuk ni mak umi peluk umi walaupun dah berlapis dah badan dengan kain. Sejuk yang umi rasa tak tercakap dengan kata-kata.

Umi makan panadol 2 biji. Lepas tu terus umi tak tau apa yang terjadi. Pengsan ke apa ke tak tau. Umi sedar kul 4 pagi baru umi teras panas. Umi buang apa yanga da atas badan umi cuma yang tinggal sweater, dan selimut toto je.

Puas umi pikir keesokkan hari. Macam mana umi boleh kena. nak kata makan takda plak. Mak yang masak. Mungkin sebab umi melayan kerenah anak sulung umi kot. Kesian kadang-kadang menyendeng je kat umi. Nak kite belai. Mungki dia kerap dok atas riba umi tu yang umi kena bentan kot. Maklumla berat dia kan 13 kg++.

Okeyla, buat ibu yang bakal berpantang atau bakal kahiwn dan nak anak ambikla cerite ni sebagai pengajaran. Dalam pantang, pantang elok-elok. Jangan wat main-main. Kalo orang tua bising itu adalah untuk kebaikan kite jugak..

Ha! Baru nak Citer Pasal Bola?

Bola dah 3 hari dah habis baru nak buat N3. Apa la umi nikan.

First sekali kesian kat suami umi dia nak sangat tengok bola tapikan dia kena gi kuantan plak malam tue. Bengang giler dia. Tiap2 minit tanya umi dah score ke??? Peminta fanatik kelantan la katakan. Malam tu memang umi pun teringin nak tengok tapikan mata ni ntah masa bila plak boleh terlelap pun tak tau. Yang umi ingat sebelum terlelap pemain terengganu kena kad kuning kot. Masa tu separuh masa pertama. Pastu lebuh di buai mimpi.

Terjaga je tengok kelantan dah score satu. Terus massage suami bagi tau. Dengan yakinnye suami cakap terengganu kalah. Boleh macam tue plak. Tapikan lepas je kelantan score tue umi tertido balik. Hahahaha. Tak fanatik langsung umi nikan. Jaga sekali lagi tengok terengganu dah 1. Kira seri. Massage suami bengang dia. Gagah jugak mata nak tau sape yang score. Rupanya kelantan jaring gol sendiri. Lagi suami umi bengang.

Kalo dah mata tu ngantuk, jangan dipaksa jugak nak tengok. Ha kan dah tertido lagi. Kononnye nak tengok masa minit tambahan tue tapi tak terlayan jugak. Tertido jugak. Sedar tengok terengganu dah gi ambik piala besar gedebak. Ha hancur luluh harapan kelantan kalah malam tue. Termasukla suami umi. Bila dah habis je tutup tv terus tido. Jangan paksa dah mata nanti apa plak yang terjadi.




aksi khairul fahmi

Anak bujang yang tido kepenatan setelah dibuli oleh mama

Abaikan botol yang mama sendal dengan selimut tue yea. Nak tangkap gambar punya pasal.

Bila Mama Takda Keje...



Kesian anak-anak mama kena paksa meniarap. Inila jadinye bila mama bosan. Masa ni adha takda lagi katrumah. Sekarang kalo buat macam ni confirm adha join sekali. Aduh. Kemek adik-adiknye.

Kembar ni nak ikut abangnye kot. Usia 4 bulan baru nak nerap. Tapi abang dia 3 bulan dah banyak ngiring-ngiring. Kembar ni macam takda je. Tapi kalo dalam buai laju je dia ngiring.

Berkhatan...


Alhamdulillah kembar umi selamat dah dikhatankan. Tapi bukan semalam tau. Masa usia dorang 1bulan lebih. Berkhatan cara tradisional. Dengan bidan kampung je.

Umi sebenarnye nak sunatkan dorang ni bila umur dorang dalam 4 bulan lebih. Tapi dah kena wat awal terpaksala kan.

First time bawa anak gi sunat memang gerun ok. Yeala manala umi pernah tengok orang berkhatan nie. Cuma dengar citer je la. Cuma dalan pikiran umi kan, kanak-kanak perempuan berkhatan ni dorang potong ap yea?? Boleh plak yang tu umi pikir..

Rupanye sikit aje dia potong. Tak sampai 5 minit dah siap. Berdarah pun sikit je. Nangis pun takdala kuat mana. Macam merengek je.