Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Macam Mana Nak Bezakan Si Twin?

Mesti ramai yang cakapkan susah tak nak bezakan si twin yang seiras wajah dorang? Meh umi citer serba sedikit macam mana umi nak bezakan dorang ni masa kecik.


Masa kat hospital sah2 umi boleh bezakan mana satu adik mana satu kakak. Coz Si adik lebih kecil dari kakak dan lebih lama duduk dalam inkubator. Memang jauh beza masa ni. Adik nampak sangat tulang dada dia. Nak pegang bagi susu pun takut.
  • Aqilah(adik)

Atiqah (kakak)
Bila dah keluar dari hospital umi tetapkan tempat. Sebelah kanan kakak dan sebelah kiri adik. Walaupun berat badan dorang tak sama bila letak berdekatan memang payah nak beza. Jadi umi cakap kat suami kite tetaokan tempat. Macam tu jugak waktu onthewat balik kampung.
Belah kiri yang tangan terkeluar tu adalah adik.


Dibezakan dengan stoking. Hijau adalah adik.
 Bila dalam pantang timbul masalah dengan mak yang payah nak kenal kalo dok dengan umi insyallah umi boleh cam. Bila dah timbul kekeliruan di antara mak, maka kami pakaikan pakaian yang berlainan. Kalo adik stoking merah adik stoking caler lain. Kalo bju sorang hijau sorang lagi kaler lain sampaila mak umi dapat cam mana satu adik mana satu kakak.
Kakak(kiri) lebih bulat dari adik.
Bila dah habis pantang lagi la payah nak bezakan dorang. Tapi bagi umi rupa bentuk muka dorang yang berbeza. Adik lebih bujur sikit dari kakak yang bulat mukanye. Mak umi cakap muka adik lebih lembut sikit dari kakak. Tapi paling kuat nangis adalah adik.

Bila besar lagi nampak seiras.
Bila besar ni memang dah tak nampak sangat perbezaan. Cuma boleh di bezakan dengan perangai dorang je. Sorang kuat nangis sorang lagi diam. Sorang kuat senyum sorang lagi tak. Macam tula umi terangkan pada kawan-kawan yang pertama kali tengok kembar umi.

Tapi percayala seorang ibu lebih mengenali anak-anaknye. Tapi kalo tak boleh jugak nak handle pakaikan la dorang gelang. Sorang sebelah kiri sorang sebelah kanan. Tak pun labelkan nama di baju. Ikut kreativiti masing-masing.

Ni La Port Dia Kalo Mama Masak

 Bukan kemain happy adha bila mama letak dia kat situ. Senyum aje dapat  main air.
Siap muncung mulut. Habis basah simen bawah.

Lega dah masa ni. yeala gambar kat atas kan ada periuk dalam sinki tue. Kaki dia kena dok atas la.. Bila dah angkat periuk kaki boleh letak bawah.
Betapa kusyuknye dia main sampai mama panggil tengok kamera pun tak nak.

Adha In Da House

Dah malas dah nak pikir perkara tadi. Layan gambar anak-anak gak bagus. Anak-anak adalah terapi paling bagus untuk umi.

Alhamdulillah anak sulung umi seudah pun kembali ke rumah sewa umi yang tak seberapa ni. Bestnye. Menitis air mata coz dapat bawak balik adha ke sini. Cuma first time handle anak 3 orang sendirian memang mencabar k. Tapi naluri sorang ibu tak pernah berasa penat walaupun letih tak terkata tido pun dah tak cukup.

Masa balik nak ambik adha tak da rancangan mana pun. Ingat balik nak melawat je coz rindu dah tak terbendung. Sampai je kampung tanya mak nak ambik adha boleh mak bagi green light. Apa lagi bergembira la kami laki bini.

Tapi sedih tau mula-mula balik adha langsung tak nak dengan umi. Pegang je dia marah, panggil dia lari. Bergenang air mata umi bila anak tak nak dengan umi. Puas pujuk. Sekejap je nak, Time nak susu baring pun tak nak dengan umi nak dengan nenek je :(.

Alhamdulillah, sebelah malam dia dah nak dengan umi. sampaikan riba adiknye menyusu oun dia marah. Cemburu. Dalam menyusu adik2nye sambil meriba adha yang menyusu botol.

Dah balik rumah shah alam habis satu rumah dia tawaf. Rindu kot. Tempat dia rajin sangat nak tuju bilik air. Huhu. Itu je tempat dia suka..

Grrrrrrrr................... N3 Panas Hati K...

Kalo tak kerana aku laki bini pikir ko masih bawah umur dan masih bersekolah tingkatan 4 dah lama aku bawa ko balai polis malam tadi. Ko tak pikir ke ha! Bapak ko yang tengah sakit badan dah penuh wayar tue! Apa nak jadi la ko ni! Geram aku nak je laki aku rimbuk ko sampai separuh nyawa.

Bukan sehari dua laki aku parking lori dekat situ. Dah banyak kali. Tak pernah pulak nak kena curi bateri. Ko memang cari nahas la semalamkan. Mujur laki aku dok tengok. Pandai plak ko suruh kwan ko cover line kan. Bila laki aku nampak ko pun cabut lari dengan 2 biji bateri sekali. Memang cepat betul keje ko kan!

Ko ingat laki aku nak biarkan. Aku tau perangai laki aku macam mana. Memang dia akan cari sampai dapat punya. Ko lari bukan naik motor, ko lari dengan kaki bawa 2 biji bateri yang berat hampir 10kg setiap satu. Memang bodahla kan ko tue. Rumah ko bukan jauh pun hanya seberang jalan je dari kawasan rumah aku.

Padan muka ko dapat penampar, penumbuk 2 3 das dengan laki aku dan sepak terajang. Sape suruh ko curi kan. Pastu bila laki aku tanya taknak ngaku kan? Memang bodohla ko! Kalo lori laki aku sendiri aku tak kisah sangat tapi tu lori company laki aku. Ko nak tanggung ke ganti rugi. Ko sedar tak yang laki aku ada 3 anak yang masih kecil? Memang layak ko dapat maki hamun dari aku semalam.

Kenapa ko nak merayu kat aku jangan hantar ko kat balai polis! Masa ko curi ko takda pikir plak ko buat jahat! Oh, mesti ko pikir ko tak kena tangkap kan. Bumi ni kecik je dik! Dengan laki aku ko boleh berbincang tapi dengan aku sorryla. Aku takdala panas baran mana tapi kalo dah ko buat tu menyusahkan family aku memang aku meradang. Laki aku pun diam k.

Ko punya abang pun lebih kurang je perangai dengan ko. Mungkin family ko orang senang kot. Tula abang ko sampai2 je pukul ko terus cakap berapa rugi meh aku bayar. Tak payah nak besarkan perkara nie!!!
Hello bro! adik ko dah buat salah ko kata tak payah nak besarkan hal ni. Aku tak harap duit ko tu, ni kami kira ok tau tak tak bawa adik ko gi balai.

Aku masih tak puas hati k. Abang ko mintak maaf terus blah je semalam. Takda plak nak tolong pasang balik ke, bayar ganti rugi ke(tadi cakap macam banyak duit). Laki aku boleh gi rumah ko mintak tapi satgi mati terkejut plak bapak ko yang tengah uzur tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah kejadian malam tadi. kul 12 malam. Memang laki umi dan umi sekali meradang. Laki umi baru je balik dari kelantan & peneng hantar barang. Rehat pun tak sempat dah budak ni buat hal k. Memang umi meradang.