Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Dugaan Kelima dalam Pantang : Duktus. Apakah Itu???

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.
Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.
Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.
Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.

• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.

• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?
 
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Mungkin setengah orang pernah kena menganggap ini perkara biasa.
Tapi bagi umi tidak.
Kerana masalah inila umi diberi ubat yang mendropkan susu badan umi. ;(
Selepas kejadian bengkak susu yang umi kena umi telah mengalami masalh duktu ini.
Ini menyebabkan breast umi mengalami bengkak seperti bisul dan merah kelilingnye.
Oleh kerana lambat gi klinik(umi gi last minit) dan pengetahun tentang masalah duktus ni umi telah mendapat sakit.
Bisul tersebut pecah dan berlubang.
Aduh azabnye tuhan yang tahu.
Ngeri.

Dua minggu umi makan ubat klinik baru hilang dan lubang tersebut tutup.
Umi ingatkan tak kena dah.
Tapi balik dari hospital(kes twin masuk hospital).
Umi mengalami demam urat.
Ingatkan demam biasa tapi sebenarnye demam kerana mengalami sekali lagi duktus ni.
Pecah juga dan menjadi lubang.
Kali kedua kena terus doktor bagi ubat yang menyebabkan susu umi drop.
Sedih sangat.
Doktor cakap susu umi terlalu banyak.
Umi pum tak sampai setngah jam dah rasa penuh balik.
Kalo ikutkan tak nak makan ubat tue tapi apakan daya.
Demi kesihatan umi juga.
Gambar berlubang tue umi tak simpan plak.
Tapi umi ada share kan cite umi ni dengan kak mieja.
Diala pendorong semangat umi.

Ayok. Baru Nak Cite..

Oleh kerana dok sibuk tulis pasal dugaan dalam pantang.
Sampai lupa nak update N3 tentang usia si kembar umi.
Sorry sayang.
Dulu time abang boleh kata-kata tiap-tiap bulan mama update.
Sorry sangat.
Mama lupa.

Hari ni my twin dah berusia 2 bulan 1 minggu 5 hari.
Meh umi cite pasal perkembangan my twin.
Alhamdulillah berat twin naik.
Takda jatuh bawah garisan kuning.
Semua nye ok.

Berat kak(atiqah) :
Masa Lahir : 2.17kg
2 bulan: 3.9kg

Berat Adik (aqillah):
Masa Lahir : 1.93kg
2bulan : 3.6kg

Sekarang my twin dah pandai nak berbual.
Dah pandai tengok mama bila nama di panggil.
Kuat nangis. Ini banyak kat adik.
Kuat minum susu.
Nak tido pun ada hari senang ada hari payah.
Tapi alhamdulillah umi berjaya tempuh sorang.
Suami???
Dia banyak keje outstation.
Jarang ada kat rumah.

Cuba teka mana satu Aqilah dan mana satu Atiqah.