Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Dugaan Ke-4 (Stock EBM Ku Rosak)

Pernah umi tulis dalam N3 yang lepas.
Niat umi nak fully breastfeeding twin.
Siap beli semua persiapan.
Alhamdulillah lepas bersalin umi di beri oleh Allah susu yang banyak.
Sampai mengalami bengkak susu yang kritikal bagi umi.(baca dalam N3 yang lepas)

Atas tunjuk ajar dari kak mieja umi dah mula wat stock pada hari ke-8.
Alhamdullillah sekali pum memang banyak.
Sebelah breast umi boleh dapat kadang-kadang lebih dari 4 oz.
Walaupun umi mengalami niple cracked yang teruk.
Gembiranye.
(di ambil dari google)

Lebih kurang macam ni la umi punya susu bila disimpam.
Banyak.
Kadang-kadang separuh umi bagi baby minum separuh umi simpan.


(di ambil dari google)

Labih kurang macam dalam gambar ni umi dapat kumpul stock dalam masa hampir sebulan.
Oleh kerana peti ais rumah mak umi berpintu 1 jadi umi tumpang letak di rumah makcik yang mempunyai deep freezer.
Tapikan apakan daya.
Mungkin dah takda rezeki my twin untuk minum susu yang umi simpan.
Sedih sangat.
Dalam menjaga anak yang sakit di hospital umi plak dikhabarkan oleh mak:
" Akak, susu yang akak simpan dalam peti dah cair".
Terkejut dan sedih.
Menagis bila mendapat berita.
Dah lebih dari 24jam rasanye susu tu cair.
Akibat mak cik lupa letak balik dalam peti lepas operasi mencuci peti.
Ya Allah.
Hebat sungguh dugaan dari Allah.
Beristigfar umi pada Allah.
Umi adukan pada Kak Mieja.
Kak Mieja bagi umi semangat balik.
Pum lebih kerap.
Tapi umi kat hospital lagi masa tue.
Pum memang tak leh wat stock coz nak bagi twin.
Twin duduk katil asing masing dalam hospital.
Pum mesti kena bagi sorang dalam botol.
Bila dah balik rumah, ingatkan nak pum balik.
Tapi umi plak kena demam urat.
Yea la 5 hari dalam hospital.
Macam orang tak pantang.
Tido atas katil kecik berkongsi dengan anak, dalam aircond.
Makan plak makan apa yang hospital bagi.
Dah kena demam sakit pada breast datang lagi.
Nak pegang anak dah tak mampu.
Pegang time nak menyusu je.
Memang terlalu kuat dugaan umi dalam pantang.

*** Nantikan N3 umi pasal duktus
*** Kepada tuan punya gambar di atas umi minta pinjam gambar yea.