Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Pengalaman Bersalin Part 1....

3 March 2011


6 pagi:

Umi bangun macam biasa tapi Cuma pada pagi ni umi sempat buat mee goring untuk santapan suami dan adik-adik yang masih tido. Selalunye umi bersarapan kat luar je jarang masak pagi waktu bekerja. Sabtu dan ahad je masak sarapan.

8 pagi:

Suami bertanyakan nak gi hospital dah ke. Yeala kan hari ni umi kena masuk hospital dah. Tapi umi malas lagi umi cakap kat suami. Nak gi dalam kul 2 petangla. Gi awal-awal pun bukan ada apa. Sakit pun tak lagi. Mesti bosan giler dalam wad. Jadi umi decide nak masuk office dulu. Dok rumah pun bosan. Segala barang umi dah letak dalam bonet. Ingatkan kul 2 balik keje terus gi hospital.

8.15 pagi:

Masuk office macam biasa. Hahaha lawak giler ramai orang Tanya kata dah masuk hospital hari ni. Memangla tapi hospital kan tak bagi masa masuk wad dia hanya bagi tarikh je. Mee yang goring tadi umi bawa sikit makan kat office. Berkongsi bersama salah sorang orang office. Lapik perut wajib tiap-tiap pagi.

10.30 pagi :

Dalam dok wat keje sikit kat meja telefon berbunyi. Ha! Pihak hospital dah kol Tanya awak lupa ke hari ni masuk hospital. Umi katakana bukan lupa tapi jap lagi nak gi la. Dia kata takpe. Selang 5 minit hospital kol lagi tanya. Masuk kali ketiga dia kol umi pun kol suami cakap ambik umi gi hospital coz dah tak larat nak layan pihak hospital telefon. Ha padan muka umi. Gi lagi lambatkan. Kan dah kena kol.



11 pagi :

Umi telah tiba di hospital Klang. Jam 11.15 pagi umi dah siap daftar. Masa dalam sesi daftar ni kan ada proses ambik tekanan darah. Masa ni ada dekat 15 x BP umi di ambik. Gementar punya pasal nak kena masuk wad dan di bedah esok. BP umi makin lama makin naik bila di ambik tekanan.



11.30 pagi:

Umi dah berada atas katil hospital. Masa ni bacaan BP setiap setengah jam di ambik pasal proses tadila. Menyampah plak umi. Nasib baik BP ok je kat atas ni. Bacaan CTG baby pun di ambik tiap-tiap setengah jam. Punyala payah nak cari jantung twin masa ni. Dah dapat satu, satu lagi tak dapat. Bila dah dapat yang tadi plak hilang. Penat nurse tue. lepas tu tangan plak dicucuk masuk jarum untuk masuk air esok. Masa sesi ni umi marah doc tue. Memang sakit coz kena tulang. Maka bermulala episode umi dihospital.

12 malam:

Umi dah start puasa. Memang azab giler. Selalunye tengah malam memang umi kerap bangun minum air tapi kali ni tak boleh. Umi dapat no giliran no 2 untuk di bedah esok pagi dari 4 orang. Ntah kul berapala masuk bilik bedah tak tahula. Tido malam umi terganggu dengan tangisan bayi yang lapar susu tapi maknye takda susu. Menjerit sampai takda suara dah bayi tu. Kesian umi tengok. Dalam kul 4 pagi baru umi terlelap lepas layan facebook melalui handphone.

Perkenalkan My Twin...

Ini adalah first twin:
Auni Atiqah Bt Muhammad Hasry

Second Twin:
Auni Aqilah Bt Muhammad Hasry

See, serupa tak muka dorang?
Cuma beza nampak pipi kakak lebih 'pau' dari adik..
Gambar ni di ambik minggu lepas.
Dalam kete ontheway balik shah alam.




Bertemu Kembali...


Dah bersawang dah blog umi kan...
Nantikan N3 baru selepas ini.
Nak kena wat keje dulu..
Bye...