Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Luka kedua dalam 1 tahun 3 bulan


Adha masa lahir telah dapat luka pertama pada badan.
Umi tak pasti bagaimana ia berlaku.
Mungkin masa ambil darah malam lepas kelahiran adha.
Lekat parut sampai sekarang di pergelangan tangan kiri(tak ingatla).
Memang umi tak perasan langsung bila benda tue berlaku.
Balik rumah dalam 5 hari tengak kulit adha mengelupas dan tinggal kesan.
Huhu, sedih...

Sejak dah boleh jalan nie, duduk kampung baru adha dapat luka yang kedua.
Perasan tak sebelah kiri dahi adha ada warna hitam?
Tula kesan kalo budak yang tak reti duduk diam.
Adha jatuh terhantuk sedikit di bucu simen rumah Nyangnye(aka opah umi).
Mak cakap berdarah sikit je tapi takdala dalam.
Macam calar je.
Nasib baik kamu lelaki adha, kalo perempuan kan dah hilang 1ribu.
Hahah berangan je umi ni.



35 minggu sudah.

Pejam celik pejam celik dah masuk 35 minggu sudah usia kandungan umi.
Minggu depan dah 36 minggu. 
Cepatnye masa berlalu, dah nak keluar dah baby twin umikan.
Muka mama dah bam-bam.
Berat dah naik melebihi ngandungkan adha.

Hari ni umi gi checkup di seksyen 7.
Appoinment kul 9 tapi gi kul 8.
Ramai giler orang kat klinik seksyen 7 hari ni.
Tak tahula kenapa.
Musim penyakit ke?
Hasil pemeriksaan umi pagi tadi adalah seperti berikut:

  • Berat mama : 61.8kg (hamilkan adha berat last adalah 58kg di usia 37minggu kehamilan)
  • Tekanan darah : 120/80( 2 kalo check coz yang pertama 134/66)
  • HB : 11.6 (Alhamdulillah naik balik)
  • Urine : Dah normal kembali
  • Ketinggian rahim : Dah jatuh dari 39cm ke 35cm
  • Kedudukan baby: Songsang dua-dua
Berbalik pada result ketinggian rahim, umi cukup risau coz dah memang jatuh banyak.
Masih umi ingat masa pregnantkan adha ketinggian rahim baru turun 1cm esok dah masuk hospital coz air ketuban pecah.
Yang ni pun akan macam ni ke?
huhu kalo boleh janganla buat masa nie.
Tunggula cukup 36 @ 37 minggu.
Umi kalo boleh tak nak twin di tahan dalam inkubator.

Berat baby first dah 1.9kg+/-
Baby kedua 1.6+/-
Ini yang umi dapat masa umi checkup di SALAM minggu lepas.
Berapa berat sebenar yea twin umi nanti?



*** Tunggu jawapan dari doktor pakar isnin ni macam mana.
*** Gi hospital isnin ni kena bawa baju siap-siap takut kena warded.

Jalan-Jalan Bersama Adik-Adikku...

Bila adha takda rumah rasa sunyi.
Bosan sangat-sangat dok rumah.
Last-last malam tue ajak suami bawa adik umi, sepupu dan kawan adik yang duduk kat rumah umi sekarang ni gi I-City.
Dah lama rancang nak bawa dorang nie, tapi masa tak mengizinkan coz dorang ni keje lain shift(part time tesco).
Dah semua ada malam selasa hari tue bawa la dorang gi jalan-jalan kat sana.

Dah lama umi tak gi I-City tue. Walaupun dekat je dengan rumah.
Dulu pergi, free je. Parking tak kena bayar masuk pun tak kena.
Sekarang ni parking dah kena bayar tau RM 10.
Nak masuk setengah tempat pun kena bayar.
Tambah lagi tempat salji tiruan tue.

Jadi jom je la layan gambar mak buyung bersama adik-adiknye berjalan di I-City...

Mak Buyung yang kepenatan berjalan dari tempat parking nak turun ke bawah.
Nasib baik tak terberanak kat I-City.


3 sahabat.
Yang baju kotak-kotak tuela adik umi.
Baju belang tue anak mak cik umi aka sepupu umi.
yang baju merah bercermin mata tue kawan kepada adik umi.
Sekarang ni dorangla pembuat bising dalam rumah umi.
Hilang rasa bosan kalo dorang ada.


Gambar zirafah ni tangkap dari luar je..
Ingat nak tangkap dekat.
Tapi tengok-tengok nak masuk kena bayar Rm 2.
Murah memang murah tapi kalo dah 5 orang tak 10ringgit.
Boleh beli air duit tuekan...
Kalo ada adha mungkin masuk juga.

Harusla adakan gambar kakak dengan adik.
Nila satu-satunye adik umi dan lelaki dalam keluarga umi.
Gambar dengan suami takda coz suami tak nak bergambar.


Gambar masa dah nak jalan balik parking dan singgah main permainan kat situ.
Sungguh umi cakap, makanan kat I-City memang mahal yea.
Kalo bawa ramai-ramai silala standby duit yang banyak.
Kami sampai rumah dalam kul 10.30malam.
Balik sembang-sembang, umi pun tumbang sampai pagi.
Zzzzzzzzzzzzzzzzz....

*** Bosan bila anak takda. Buat kerja semua tak kena...