Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Tolong Buat Kerja Betul- Betul Boleh Tak?

Ntah kenapa yea kebanyakkan doktor sekarang atau nurse sekarang buat kerja sambil lewa???
Ni umi nak citer berdasarkan pengalaman umi la yea.

Kes Pertama:

Semalam umi gi hospital Klang untuk checkup bulanan.
Macam biasala memang ramai orang kat hospital tapi alhamdulillah dalam kul 10 lebih umi dah boleh balik.
Tak macam selalu nak dekat kul 12 tgh hari baru boleh balik.
Tapi umi tak puas hati dengan doc yang scan perut umi tue.
Nama doc tu umi tak ingat la plak.
Dia tak tengok dulu ke record checkup umi sebelum nie.
Kenapa umi cakap macam tue???

" Masa dia buat scan kat perut umi, dia scan hanya satu baby. Dia tak tahu yang umi pregnant kembar. Mula-mula umi ingatkan dia tahu. Tapi bila habis je scan baby first terus dia suruh umi bangun. Umi apa lagi cakapla kat dia baby yang kedua macam mana?? Pastu boleh dia cakap kat umi, awak memang ngandung twin ke??
Aduh, nak je umi balas, sape yang doc nie. Takkanla awak tak tengok record sebelum ni dalam file tu dan buku merah umi. Geramnye hati."

Kes Kedua:

Ni berlaku minggu lepas masa umi gi klinik sek 7. Kejadian lebih kurang mcam berlaku kat Hospital Klang. Cuma bezanye dia tak scan tapi check bunyi jantung baby je. Yang umi nak marah, coz dia check jantung satu baby je. Bila umi cakap mana satu lagi bunyi jantung baby dia dah terkejut. Dia tanya umi balik, umi ngandung twin ke. Uik aku nurse ke atau ko yang nurse nie. Geramnye. Nampak sangat buat kerja sambil lewa. Tak tengok dulu record pesakit terus nak check. 

Kenapa yea masih ada doktor atau nurse macam nie. Umi tak kata semua doktor atau nurse macam ni. Cuma kalo boleh tolongla check dulu record pesakit sebelum check pesakit. Apa guna korang record kalo kite balik yang nak ingatkan. Kalo pesakit yang tak ingatkan macam mana???

*** Umi cukup geram dengan kejadian macam nie. Anak pakcik umi baru meninggal raya cina lepas coz appendiks pecah. Dah 2 kali gi klinik swasta doc cakap sakit perut biasa je. Last2 bawa hospital pantai doc cakap appendiks dia dah pecah. kuma dah naik ke paru-paru dan otak. Ni di kira kes doc buat kerja sambil lewa ke?


Percubaan Pertama Membuahkan Hasil...

Dah dekat nak due kan makin gementar umi rasa.
Macam tak pernah alami pulak sebelum ni.
Masa ngandungkan adha breast umi mula mengeluarkan air semasa umi hamil 7 bulan.
Tapi kali ni umi rasa dalam 6 bulan lebih dia dah start keluar cecair berwarna kuning bila di picit.

Semalam pas mandi, makan dan nak rehat, umi terasa breast umi bengkak, tegang dan sakit.
Macam orang bengkak susu tue.
Tak tahu nak watpe.
Memang terasa tegang sangat-sangat.

Umi pun tryla guna Spectra 3 yang umi beli hari tue.
Ingatkan takda air yang keluar.
Rupanye ada tau.
Tapi takla pekat just cair je warna kuning.



Nampak tak??
Warna kuning cair je.
Ini baru umi pum sebelah kiri je dah keluar hasil kalo sebelah kanan tak tahula.
Bila pum dha keluar ni, baru umi teringat nak msg ke Kak Mieja tanya boleh ke pum.
Bila dah dapat jawapan umi dah tak buat lagi.
Ty Kak Mieja bagi informasi pada umi.

Sayang tau nak buang hasil yang umi dapat semalam.
Sedih je bila nak gi basuh.
Tak sabar nak pum bila baby dah keluar nanti.

*** Kenapa yea umi terasa breast umi pedih sikit bila menggunakan S3???
*** Normal ek???

Terubat Rindu Mama


Gambar malam tadi.
Nenek adha yang hantar.
Menangis bila tengok gambar nie..
Adha happy yea dok dengan nenek di kampung.
Mama plak yang sedih huhuhu..

Thank you Maklang tolong tangkap gambar ni.
Bulat muka adha...

*** Bila dapat gambar ni umi tengok sampai tertido. Air mata mengalir kerana rindu.

MY HARDWORKING CHILD/CHILDREN CONTEST



Jom Pakat ramai-ramai join contest ni.
Dah nak dekat tamat ni.

Nak tahu lebih lanjut klik 


Gambar yang umi pertaruhkan mestila gambar hero kesayangan umi.

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha B. Muhammad Hasry
Umur Anak : 1 Tahun 3 Bulan

Jadi umi nak Tag kepada 3 orang untuk join contest ni:
Mama Dani
Mama Naufal
Mama Umairah

Kepada yang nak join lagi marila.