Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Macam Tahu- Tahu Je.

Alhamdulillah adha selamat dah sampai di kampung pada khamis lepas.
Walaupun dengan berat hati, umi terpaksa merelakan adha duduk dengan neneknye.
Maafkan mama sayang.

Di malam terakhir adha duduk dengan mama kat shah alam, adha tak nak langsung berenggang dengan mama.
Sama juga di kampung.
Adha macam tahu je adha akan di tinggalkan.
Maafkan mama sayang.



Malam terakhir adha dekat rumah, adha tolong mama dengan ayah mengemas rumah. Siap dengan penyapu dan penyodok. Terhibur hati mama dan ayah.
Selalunye masa ni adha dah tido, tapi adha still nak berjaga. 
Macam tahu-tahu je nak kena tinggal.

Last-last kul 9.30 malam baru adha tido. Masa mama tangkap gambar ni, bergenang air mata mama. Sayu hati mama. Lepas ni dah bukan mama bagi tido adha. Bukan mama lagi mengayunkan adha dalam buaian.


Gambar ni ditangkap sebelum kami bergerak balik ke perak.
Biarkan dia mengexplorekan diri buat kali terakhir di rumah mama yang kecik.
Masa ni adha tunggu ayah balik kerja.
Umi mc hari tue. Coz badan tak sihat macam nak demam.
Selsema dan batuk pun ada.


Ini gambar dalam perjalanan sudah. 
Mama biarkan adha duduk di sebelah ayah. Tapi takda maknanye.
Ada dalam 10 minit dia dah dok belakang balik.
Adha dah tukar baju coz habis air nescafe ayah dia bagi tumpah ke baju.
Selalunye adha akan tido bila naik kete.
Tapi malam tue, dia boleh berjaga temankan mama dan ayah.
Dah sampai Gopeng, Ipoh baru dia tido.
Macam tahu-tahu je dia nak kena tinggal.

Muka mama yang pucat tak bermekap langsung.
Just pakai bedak.
Mama memang takda mood langsung.
Dalam kete lebih mendiamkan diri.


Gambar kat kampung memang takde.
Bukan taknak tangkap.
Tapi malas, hanya nak lebihkan masa dengan anak je.

Semalam ontheway balik shah alam hanya bunyi deruman kereta menemani kami suami isteri.
Sementara nak sampai ada kot dalam 10 kali kol mak di kampung.
Memang terasa ketiadaan adha.
Baru sehari, macam mana la nak tunggu sebulan lagi.
Ya Allah kuatkanlah semangatku..

*** Tidak lena tido malam tadi. terngiang-ngiang suara adha nangis nak minum susu tengah malam.