Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Kenapa begitu murahnye air mata seorang ibu?
Kenapa cepatnye tumpah air mata seorang ibu?

Ya Allah aku bermohon padamu sekali lagi Ya Allah.
Kuatkanlah semangatku yang dah makin lemah.
Aku tak bisa lagi menipu diriku bahawa aku seorang ibu yang kuat.
Aku seorang yang mampu boleh berjauhan dengan anakku.

Aku tahu aku terlalu ikut perasaan.
Mungkin ramai orang akan kata " ala, bukannye jauh pun boleh ko balik tengok".
Mungkin akan kata mcam ni," ko yang ngada-ngada lebih. anak takda pape pun".
Kalo betul ada orang akan cakap macam tue inila jawapan dari mulut umi...

" Ya memang rumah mak umi tak jauh. Perak je. 4jam sampai. Tapi bagi umi yang gaji berapala sangat dan suami umi pun bukan bergaji besar yang boleh umi balik kampung selalu, mungkin akan menyusahkan family umi. Kalo korang nak tahu bajet nak balik kampung sekurang-kurang RM 200 dalam tangan. Termasuk Toll pergi balik RM 60, minyak pergi balik RM150. Jawapan kalo orang kata umi yang ngada-ngada lebih umi rasa orang tue tak berakal. Cuba cakap dengan umi mak mana sanggup berpisah dengan anak. Setakat berpisah hantar anak rumah pengasuh, pergi kerja umi rasa takpe lagi. Tapi inikan sebulan. Takkan korang tak rasa sedih berpisah dengan anak sendiri. Tambahan pulak korang tak pernah berenggang lama dengan anak korang".



*** Hari yang penuh dengan emosi.

Malam Terakhir Ke???

Sayu rasa hati.
Mungkin malam ni malam terakhir adha tido di rumah Shah Alam bersama Mama dan Ayah.
Selepas ni adha kena tido dengan Makpah di kampung.
Ya Allah kuatkanla semangatku untuk berjauhan dengan anak kesayanganku.
Bukan niat ku untuk berjauhan dengan anakku.
Bukan niatku nak abaikan tanggungjawabku sebagai ibu kepada anakku.
Tapi ini semua aku buat atas memikirkan semua benda yang harus aku buat selepas bersalin nanti.
Adha maafkan mama dan ayah.
Sebulan je adha dok dengan MakPah di Perak.
Lepas mama bersalin mama dan ayah ambik balik yea sayang.
Sorry kawan-kawan umi emo sedikit hari nie.


*** Siapa akan peluk mama malam2 berikut selepas adha takda???
***Sape nak buat mama geram sayang lepas ni???