Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Tolong Bagi Pendapat...

Umi masih bercelaru pikiran ni.
Kuatkah semnagatku???
Mampukah aku berjauhan dengan dia???

Mesti ramai yang tahukan umi akan bersalin dalam awal bulan 3.
Bersalin operate adalah jalan terbaik bagi umi coz anak songsang.
Oleh kerana itu umi dan suami telah berbincang dengan secara aman,
dan kata putus belum juga muncul walaupun lagi 2 hari (Rabu) cuti dah nak bermula.

Umi dari adha lahir sampaila usia dh nak masuk 1 tahun 3 bulan tak pernah berenggang.
Pagi pergi kerja je hantar rumah pengasuh. Malam berkepit balik.
Mak umi suruh umi balik hantar adha dulu, coz senang nak balik lepas bersalin nanti.
Lagipun banyak barang nak kena bawa balik.
Baju adha, baju mummy, barang baby.
Confirm tak muat kete. Yeala kete wira je pakai.
Bonet kan kecik je.

Adha ni jenis taknak duduk dengan orang dalam kete.
Duduk sekejap bolehla.
Pastu cari mama balik.
Bukan umi tak pernah cuba tapi tak berhasil.
Tiap2 kali keluar naik kete umi akan buat macam tue.
1 Lagi adha jenis payah nak tido kalo dengan orang lain.
Kecuali dengan umi, suami dan pengasuh dia je.
Yang ni pun umi pernah try, masa balik kelantan hari tue mak umi ikut.
Bagi dia duduk dengan mak kat belakang.
Tak menjadi juga.
Last2 umi juga dok belakang coz mak dah surender adha tak nak dengan mak.

Yang jadi masalhnye sekarang umi takut umi tak mampu nak berjauhan dengan Adha.
Macam mana nak buat yea kawan-kawan.
Perlukah umi hantar adha balik kampung juga.
Atau biar je dia dengan umi sempai bersalin???
Kalo umi operate, buatnye time balik kampung dia ngamuk nak duduk dengan umi mcam mna???
Adik bakal lahir dahla twin pulak tue.


*** Ntah -ntah adha tak de ape2 kalo hantar balik kampung umi plak yang pikir bukan-bukan.
*** Kalo betul dia tak rasi dengan mak coz tak pernah berjauhan dengan mama, jenuh umi nak balik ambik. Jauh tue.