Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bulan 3 Pilihan Yang Tidak Boleh Aku Tolak.

Kenapa Dengan Bulan 3 (MARCH)???

Bulan 3 adalah tarikh due umi.
Bukan umi tak suka dengan tarikh 23 march 2011 yang diberi,
Tapi umi masih tak dapat terima tarikh 37 minggu umi hamil ( lebih kurang 3 march 2011) semalam membuatkan umi dah takda pilihan. 
Nak tak nak kena terima.
Takut, risau, dan macam-macam lagi perasaan bermain di kepala umi.

Seperti yang mana kawan-kawan tahu, bagi ibu yang hamilkan baby kembar (twin) jarang sangat boleh bersalin normal.
Inilah yang terjadi pada umi.
Umi nak sangat bersalin normal tapi apa kan daya dah nak masuk 3 bulan baby still songsang.
Di mana kepala baby 2 kat atas.
Dah takda ruang dah baby nak pusing.
Sendat,sempit dan bertindis dah kedudukan baby.

Semalam umi checkup di SALAM.
Harapan umi biarla baby twin pertama akan pusing coz doc siti cakap kalo baby pertama tak songsang umi boleh bersalin normal.
Tapi, apa yang umi hajati dan mahu dari baby tak menjadi.
Baby still songang.
Sedihnye hati umi, bila doc siti cakap baby dah takda harapan nak pusing.
Kalo still tak pusing, bila kandungan awak cukup 37 minggu kena operate.
Coz baby twin umi dah terlalu padat.

Nak taknak umi terpaksa terimala kan perut umi dibelah.
Demi keselamatan baby umi dengan umi sekali.
Bertawakal pada Allah adalah yang terbaik bagi umi.
Kite dah mencuba tapi takda perubahan.

Ada lagi 5 minggu sebelum umi menyerah diri di hospital.
Umi tak bersalin di SALAM coz tak cukup bajet.
Jadi umi akan bersalin di hospital goverment iaitu HTAR.
Kepada kawan-kawan doakanlah bagi umi supaya baby twin pertama boleh pusing.

Khasiat Buah Delima

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” - Al-An’am:99


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mengurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
  • dan lain-lain

*** Umi memang suka sangat makan buah delima waktu mengandung.
***  Payahkan nak cari buah delima kampung sekarang ni..

Seronoknye Dia...

Semalam umi mc setelah habis checkup di SALAM. Hati sedikit gusar bila habis checkup kat sana. Nanti umi citer di lain N3 yea...

Untuk menghilangkan kerisauan hati umi, petang semalam umi, hubby, adha dan Pak De gi jalan-jalan kat Tasik Shah Alam. Seronok tengok anak gembira bila dapat mengexplorekan diri kat taman. Kami pergi tak lama pun coz keluar dari rumah pun dah nak dekat 6.30 petang. Gi main sekejap je pastu balik.

Ni gambar masa first sampai. Pak De nak tengok ikan. Suka tengok adha senyum macam ni. Hihihi, ramai orang cakap adha anak Pakde. Kan dua-dua kepala botak.

Aksi meniru gaya Pakde. Menjadi juga yea....
Gambar mama takde coz mama yang tangkap gbr masa ni guna hst pakde. Ayah?? Gi ambik kamera dalam pakde..

Adha masa ni teruja tau tengok ikan tue. Siap mulut membebel bahasa dia. Nasib baik ada orang nak dukung adha kalo mama, tak larat dah sayang.

Dah habis tengok ikan, kiteorang gerak gi ke taman. Masa ni orang dah tak ramai. Yeala dah kul 6.30 mna nak ada orang. Adha siap jalan laju lagi nak gi taman. Panggil pun dah tak endah. Mama dah tak larat nak kejar yea sayang.

Mainan ni adalah anatar permainan yang dia suka main. Siap menjerit yea kat mama suruh henjut papan tu. Ayah kena standby kat belakang takut jatuh. 

Nak tahu adha nak gi mana masa nie???




Siap nak ajak ayah sekali masuk kat situ. Tapi apa yea???

Ha dia nak masuk dalam ni. Laju je dia merangkak. takdan nak tangkap gambar dia dah sampai kat umi.
Ada 1 gambar dia tengok bila kite tangkap tapi dok dalam kamera la. Ni gambar umi tangkap guna handset sony je.

Dah habis main, umi bagi dia main papan gelongsor plak. Mainan ni memang kegemaran dia. Pakde terpaksa pegang coz adha dah tak sabar nak turun.
Tengok, gembiranye dia bila dah dapat turun. Suka tengok gambar ni. Happy je anak mama.

Ini yang umi risaukan. Tak padan dengan umur, nak naik ikut depan. Mula-mula risau juga takut jatuh. Tapi alahamdulillah Adha berjaya panjat sampai atas. Pakde dah tunggu dari atas. Ayah mana???
Tengah tangkap gambar meggunakan kamera.

Aksi last sebelum balik. 
Memeang betul-betul seronok bila dapat main.

Semua kebanyakkan gambar adha, ayah dan Pakde. Gambar mama takde.
Serius umi ckap semalam mmg umi takda mood nak bergambar.
Lagi pun umi yang tangkap kan. Jadi dah tentu gambar mama takde.
Gambar menggunakan kamera tak dapat di upload coz wayar cable takde.

Betulkan apa orang cakap.
Bila kite ada msalah, bila tengok anak yang happy memang hilang sekejap masalah kitekan.
Alhamdulillah, umi dikurniakan anak yang tak banyak kerenah.