Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Ubat Dalam Pantang...

Alhamdulillah ubat yang nak di makan ketika dalam pantang telah selamat sampai petang semalam.
Tahun lepas umi berpantang makan ubat dari jenama Radix (Tak silap umi).
Tahun ini umi decide nak ambik ubat jenama ......
Terlalu banyak info tentang ubat ni yang umi terima adalah positif.
Terutamanye ubat tentang Breastfeeding.
Habis pantang insyallah umi nak ambik pil untuk breasfeeding.
Kat atas adalah parcel yang umi terima petang semalam.



Ubat tu umi beli dari kak hasmah.
Mesti dah ramai orang tahukan kebersekanan ubat Shaklee ni kan.
Umi memang dah lama baca tentangnye tapi kebanyakkan semua tentang ubat bagi ibu menyusu.
Tapi bila umi baca buku Pa & Ma bulan ni punya baru umi tahu Shaklle ada menyediakan ubat untuk ibu berpantang.
Jadi umi decide nak try ubat ini plak.

Inila rupa barang yang umi terima bila umi buka parcel tadi.
Alhamdulillah,  selamat sampai.
Tak sabar nak makan dalam pantang.
Pek ubat yang mudah di bawa.

Ini plak bila dah bawa keluar semua isi dalam bekas tue yea.
Ada 4 jenis ubat yang ada.

Ubat Shaklee Zink

Ubat Shaklee Vitalea

Ubat Shaklee Complex

Ubat Shaklee Vitc 500 mg

So, kepada sesiapa yang berminta nak try ubat dari jenama shaklee ni bolehla jenguk ke sini yea:



Baru Nak Gi beli Tapi Dah Dapat

Terima kasih Untuk Pak De(Yusry) kerana memberi set tilam baby ni.
Baru cadang nak gi cari minggu ni. 
Tapi dah dapat free.
Moga murah rezeki untuk bakal twin.

Botak Sudah Anak Mama

First sekali, mama minta maaf yea sayang...
Mama yang nak gunting rambut tapi adha yang jadi mangsa.
Sorry tau..


Kejadian ni baru berlaku petang semalam.
Ayah adha la nak sangat gunting rambut adha.
Rambut adha kan kerinting jadi bila kering jadi macam nie:
Ha, bergumpal-gumpal. Kalo perempuan boleh ikat mcam mama coz rambut mama macam adha juga.
Letak minyak baru nampak rapi rambut adha.

Jadi disebabkan rambut adh adah nampak panjang suami pun bawa dia kedai gunting rambut belakang rumah je.
Ikutkan malas nak ikut biar suami je handle tapi adha tak nak ikut plak ayahnye semalam.
Jadi nak tak nak mama pun kena ikutla.


Ini la aksi adha. Taknak dia duduk atas kerusi tue. Nak turun je kejenye. Sampaikan kain yang balut dia terbuka. Mama kena pegang badan, india tue pegang kepala sambil mesin rambut adha.
Ini baru separuh mesin. Yang atas tu sayang je nak potong. ingatkan nak simpan jadi jambul tapi ayahnye tak bagila plak.

Dah nak siap. Tinggal repair sikit je lagi. Habis baju mama lekat rambut adha.

Masuk kete adha merajuk dengan mama. taknak pandang mama. Mama panggil pun tak nak. Bukan mamala nak gunting rambut adha. Ayah yang suruh. Huhu sedih tau. Tapikan bila tengok dia botak jadi kelakar. Umi senyum sorang-sorang. Serius nampak kelakar tengok anak botak.
Ini gambar masa tido. Kesian anak mama. Kena botak buat kali kedua.
Sebenarnye, umi nak suruh kedai tue potong buang rambut yang pusing-pusing je. Tapi sekali umi masuk(mama tengah gayut telefon masa suami bawa masuk adha dalam kedai), dia dah potong guna mesin tapak 2. Nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana kan. 
Kalo rambut adha tebal takdala nampak sangat kulit kepala. Tapi rambut adha ni jenis nipis. pastu sikit plak tu. Jadi, nampakla macam botak.
Takpe sayang lepas ni tunggu adha 2 tahun plak baru potong yea..

*** Bila rambut mama plak nak di potong.
*** Potong tak sampai 5 minit caj kena bayar Rm 5