Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Ahad

Ais Krim Malaysia..

Ada ke sape-sape tak tahu apa itu ais krim malaysia???
Ha gambar kat atas tue la ais krim malaysia(umi je ke panggil nama ni)..
Untuk mengisi peti ais yang kosong kat rumah tue umi pun buatla ais krim letak dalam peti.
Ingatkan nak makan sendiri je tapi ada plak anak jiran nak beli.
Ala tak mahal pun jual.
RM0.20 je. Jadila boleh masuk tabung adha..

*** Dah kena buat banyak perisa la kan. Takkan nak jual ais krim sirap bandung dengan milo je..
***Ni gambar mula-mula buat, tak banyak lagi..

Nak Potong Ke Tak??

Sayangnye nak potong. 
Dah lama dah simpan, dari sekolah lagi.
Seingat umi baru 3 kali je potong.
Last potong 2 tahun lepas sebelum kahwin tak silap umi.
Itupun coz gi wat rambut.(Rebonding)

Sebenarnye, lepas bersalinkan adha memang dah nak potong.
Coz pening kepala, dah panjang sangatkan.
Tapi dah sampai adha usia 1tahun lebih tak juga potong.
Bukan taknak potong tapi banyak sangat kejadiannye.
Umi nak gi potong suami tak bagi,
Bila suami bagi potong umi plak yang taknak.
Macam mna nak potong.

Hari khamis dalam kul 6 petang, pas balik rehat kejap dari gi jalan-jalan kat zoo.
Umi, suami dan adha gi keluar gi cari kedai gunting.
Huhu banyak yang tutup.
Last-last jumpa satu kedai je yang buka dan menarik minat umi.
Tapikan, bila naik je dia cakap kena tunggu lagi 1 jam baru boleh potong.
Coz masa umi gi tue, dia tengah siapkan seorang customer dan ada lagi 1 customer tengah tunggu.
Malas umi nak tunggu coz dah nak dekta maghribkan.
Bawa anak plak tue.
Jadinye, tak jadila potong juga.
Balik dengan hati gembira pun ada, sedih pun ada.
Hahaha, umi rasa macam tak terpotong juga rambut kesayangan umi ni...


Panjang tak rambut umi???
kalo tengok dari belakang rambut dah cecah punggung.
Sayang tau nak potong. Dah bela lama nie...
Nampak ke perut umi yang tgh preggy 8bulan???