Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Benda Yang Diidamkan Dah Dapat-(2)

Welcome Sayang. Moga kehadiran mu membawa manfaat kepada anak-anak ku...

Alhamdulillah benda yang umi idamkan, nak sangat-sangat akhirnye dapat jua ke tangan umi. Memang bersyukur tak terkata umi kepada Allah. Kerana rezeki yang Dia berikan. Alhamdulillahx3

Mesti ramai yang tahukan umi memang nak sanagt fully berasfeed bakal kembar umi tahun nie. Insyallah. Niat itu adalah penting bagi seorang ibu yang ingin menyusukan anaknye. Salah satu benda yang paling penting lagi dalam menjayakan proses penyusuan secara esklusif adalah pam susu. Pam susu ini la yang umi sangat hajatkan. Umi takut umi tak mampu nak beli coz dengan masalah ekonomi yang kurang stabil baru-baru nie.

Tapikan Allah itu maha mengetahui. Rezeki umi datang dan umi berjaya memiliki benda yang umi mahu.

Inila barang yang umi nak beli. Dah dapat pun. Semalam umi beli sebelum kami ke zoo negara.
Ingat nak beli yang asas je. Tapi pikir-pikir balik tambah sedikit duit je lagi boleh dapat fully set. Jadi umi pun ambik 1 set punya... Meh kite tengok gambar satu-satu yea


Ini gambar spectra 3 bersama dengan corong pam berganda.

Ini plak PP Breastmilk Bottle, nursing bra, ice(lupa plak nama dia).
Stotage bags ni umi tambah 10 ringgit je lagi coz yang ni bukan beli sekali dapat 1set. 

Ni plak bag yang umi dapat sekali masa beli 1 set pum susu spectra 3.

Ni plak bantal untuk twin umi. Rm 9.90 1 bantal. Semestinye warna pink kan. Tapi umi tak yakin lagi bahawa baby twin adalah girl coz tak mungkin keluar nanti baby boy. Bib tue dapat free. Tapi dia bagi satu la plak. Ok la tue kan...
Agak-agak berapa harga semua barang ni umi beli???


""








""










"""










"""









"""


Harga semuanye RM 620.50. Lebih dari bajet yang umi nak beli. Target Rm 500 je...
Tapi takpela demi mu anak mama sanggup korban kan wang ringgit.

Nak tahu umi beli kat mana???


Memang tengah ada sale sekarang nie. Bagi umi dah kira murah dah harga nie. Ada setengah tempat jual 1 set  saje dah 6rts++. Ini umi beli 1set pum susu baru rm 550. Kenapa jadi 620.50 coz umi ada beli benda tambahan. Termasuk sabun mandi dan shampoo jenama pureen. Itula jadi sampai 620.50.

Mula -mula umi nak gi beli kat klang je kat kedai enjoybreasfeed.com. Tapi bila baca buku PA&MA terus ajak suami gi sini coz ada sale. Boleh terus ke zoo negarakan. Tak sampai 2 minit dr kedai onebabyworld sampaila ke zoo negara.

*** Dalam hati  ni tak sabar rasanye nak guna spectra 3..



Kami Di Zoo Negara Di Hari Thaipusam...

Memang dah lama sangat nak pergi kat Zoo Negara. Nak bawa adha gi jalan-jalan. Tapi semua tak menjadi. Tapi alang-alang kiteorang gi Taman Permata, Ulu Klang terusla singgah. Dah dekat sangat tak singgah rugi. 

Kiteorang sampai dalam kul 1 petang kot. Tengah panas terik tu, kiteorang masuk. Memang ramai orang semalam kat zoo coz cuti Hari Thaipusam kan. mujur jalan je tak jem.

Jadi layan je la gambar mak buyung yang dah nak masuk 8 bulan minggu di dalam zoo dengan suami dan adha.

Masa ni kami baru turun dari train. Rasa malas plak naik train coz tak puas tengok. Rugi je bayar Rm6 (2 orang dewasa). Tapi takpe la... Adha tak nak berjalan langsung dalam zoo. Dia lebih suka dok dalam stroller. Mujurla stroller suami bawa bersama kalo tak memang tinggal kat rumah je stroller tue. Masa ni adha tengah tahan ngantuk tapi taknak juga tido.

Ha cuba teka apa yang di lihat oleh adha dan ayahnye???

Singa yang sedang tido. Huhu. Leceh betul mari time tgh hari ni. Banyak haiwan yang tido. Pastu dok menyorok belakang pokok. Tak nampak sangat haiwan.

Masa ni suami cuba lepaskan di kat bawah. Bagi dia berjalan. Tapi idak maknanye. Dia nampak je orang lalu dekat dengan dia, terus pegang kaki ayahnye. mintak di dukung. Hu penakut orang rupanya anak mama. Masa ni kiteorang tengok haiwan apa yea???
Owh Harimau belang. Gambar dia dalam gelung tue. Tengah tido. Abikan bayang-bayang perut mama yang nampak kat cermin tu ek...

Gambar mama mestila harus adakan.. Ni tak silap umi gambar di tangkap kat kandang singa... 
Adha dah payanh nak pandang kamera la sekarang. Penat dah suruh tapi pandang lain juga.

Ni masa kat kandang tapir. Gambar ayah takda coz ayah tak suka sangat bergambar. Jadi ayahla jadi tukang tangkap gambar guna handphone mama.

Comel sangat tengok kura-kura nie.. 

Ni plak reaksi anak dan ayah tengok kura-kura berenang.

Masa ni kami kat tempat pertunjukkan binatang. Ingatkan ada masa ni tapi pertunjukkan hanya di buat pukul 11 pagi dan 3 petang. Sedih tak dapat tengok. Masa ni umi dah penat berjalan. Sampai terduduk dah kat situ.
Mata adha asyik tengok ikan besar tengah berenang belakang umi. Gambar ikan tu tak tangkap la plak.

Dah habis pusing dalam zoo negara tue, dalam kul 2 lebih kami keluar dr zoo terus masuk kete. Dah tak larat dah nak jalan. Coz sebelum kami datang sini kami telah pergi ke alamat ni:


No. 1C (3rd Floor), Persiaran Permata,
Taman Permata, Ulu Kelang,
53300 Selangor, MALAYSIA
(We are above Old Town White Coffee Shop) - lift facility is provided
TEL:  +603 - 4105 7029 / +6019 310 5988

Haha terbongkang anak umi bila dah masuk kete. Dapat je susu terus zzzzzz. Sampai la kat rumah. 
Mama plak???
Tido juga kat sebalah adha sambil duduk je. Ayah drive sorang-sorang..

*** Perut umi sekarang ada nampak macam mengandungkan anak kembar tak??? Ramai orang cakap kecik je perut.

Benda Yang Diidamkan Dah Dapat-(1)

Alhamdulillah, benda yang umi nak sanagt dituka ganti dari tahun lepas dah tercapai dan sampai pada malam khamis baru nie. Peti ais 2 pintu. Cukupla bagi umi yang gaji tak seberapa ni. Beli yang mampu je.. Ini gambar peti ais dari depan..
Ni plak dari sisi. Kecik jekan tapi panjang. Yang kat sebelah tue peti ais lama. Tapi masih elok lagi cuma dia 1 pintu. Peti ais lama ni bukannye dah tak boleh pakai lagi, boleh sangat-sangat lagi. Cuma pintu di tempat ais beku dah patah. Jadi, bila pintu tue takda salji cepat sangat naik. Satu lagi kecik sangat, nak simpan ayam,ikan, daging ruang terlalu terhad.
Ini plak bahagian atas peti sejuk tue. Besar ruang dia. Boleh letak stok susu nanti. Banyak space. coz kat tepi tue pun ada ruang bertingkat lagi. Masa ni masih kosong lagi. Tapi sekarang dah ada barang dah kat sini..
Ini plak bahagian bawah. Memang banyak tingkat. Sampaikan suami cakap banyak sangat ruang dah nampak kosong dah peti ais nie.. Yea la dah tak tahu plak nak letak apa bila ruang dah banyak. Masa peti ais kecik ada banyak plak barang nak di letak.

Ini plak bahagian tepi peti ais bawah. Atas letak telur, bahagian bawah tue letak ubat, air botol, kicap, sos dan benda yang boleh disimpan dalam peti..

Bagi umi peti ais ni dah cukup besar bagi umi dan keluarga. Yeala duduk 3 beranak je kat rumah watpe nak beli besar lagi. Cukupla yang nie dulu. Insyallah, bagi umi peti ais ni akan memberi manfaat kepada umi.

***  Salah 1 faktor lagi umi yang menyebabkan  umi tukar peti ais ni adalah nak simpan stock susu yang bakal diperah dan disimpan.
*** Nanti N3 ke mana kami pergi semalam dan  N3 benda yang diidamkan dah dapat-(2)