Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Awas! Cerite Ini MenyeramKan...

Orang tua-tua cakap mata budak ni boleh nampak benda-benda halus yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kite orang dewasa. Boleh percaya ke??? Terpulang pada hak individu itu sendiri untuk mempercayainye atau tidak. Tapi umi nak sharekan pengalaman umi yang baru berlaku malam tadi(fresh lagi la ni)..

Cerite dia begini yea...

Malam tadi dalam kul 8 malam adha dah tido. Macam biasa tido dalam buaian. Kadang-kadang umi tepuk je kat bawah. Oleh kerana umi telah mengalami kesakitan kaki semalam ayahnye yang henjut bagi tido dalam bauaian. Dalam kul 10 umi angkat adha masuk dalam bilik coz mata umi pun dah ngantuk jadi ingat nak tido terusla. Tapikan bila angkat je adha masuk dan letak je atas toto terus dia nangis macama di pukul. Dengan batuk makin kuat. Padahal sebelum tu takda plak dia batuk dah pun. Pujuk punya pujuk tak nak juga diam. Last2 dia bangun pergi kaco paksu dia tengok tv cite Seniman Bujang lapok.

Dalam kul 11 dia dah ngamuk nak tido balik. Bawa masuk bilik tutup lampu nak bagi dia tido. Dia nangis juga lagi. Macam kite pukul-pukul. Pastu menonggeng dengan muka tutup atas toto. Ada dalam 5 minit pujuk tak juga nak diam makin kuat nangisnye. Last2 angkat bawa kuar diam plak si adha ni. Geram plak rasanye. Dok asyik tengok tv dalam gelap tue, tengok-tengok adha dah tergolek tido sendiri atas tikar buloh. Tanpa bantal, dan alas apa2 kecuali tikar tue je. Umi dan suami biarkan sampaila dalam kul 2 pagi baru kiteorang decide nak masuk dalam bilik tido.

Bila dah angkat masuk bilik ingat dia boleh tidola. Tapi still nangis. Buka baju takut adha panas tak menjadi juga. Menangis juga tak berhenti. Bagi susu tak nak, tepuk pun taknak. Kalo ikutkan hati nak je babab peha dia yang debab tue. Geram rasnaye dengan kerenah dia malam tadi. Yea la kan kul 2 pagi angin takda apa takda tiba-tiba menangis. Dah 3 malam macam ni. Cuma malam tadi paling mencabar bagi umi dan suami.

Umi dan suami dah tak tahu nak wat macam mna. Nak kata adha ni tak tido dalam gelap mustahil coz selama ni kalo cerah tempat tu memang payahla dia nak tido. Dia lagi nak main adala. Pastu baru terfikir nak tukar pampers adha mungkin dah penuh(padahal baru je tukar kul 12 malam). Bila buka je lampu bilik tu automatik adha diam. Siap ambik susu sambung tido. Masa ni umi dan suami dah pandang lain. Ada dalam 10 minit kiteorang biarkan lampu bilik terpasang dan pastikan adha dah tido nyenyak baru kiteorang tutup balik lampu. Coz umi tak suka tido dalam cerah.

Tapi tak boleh coz adha bangun balik bila umi tutup lampu. Akhirnye, sampai pagi lampu bilik tue terpasang. Coz dengan cara tue la adha tido dengan nyenyak tanpa nangis.

Pagi tadi dalam kete berbual dengan suami pasala hal adha nangis:

Ummi : Abg tak pelik ke tengok adha nangis malam tadi...

Suami : Apa yang peliknye??

Ummi : Yea la masuk je bilik nangis. Bila dok luar elok plak dia tido walaupun kite tutup lampu. Padahal dalam bilik kite tutup lampu juga. Tapi dia nangis. Buka lampu elok plak dia tido...

Suami : Ada hantu kot. Kan mata budak ni boleh nampak segala benda halus.

Ummi :( Diam seribu bahasa.)




Gambar selingan je ni... Suka tengok gambar ni. adha buat muka cranky dia. coz suka maklang dia kepit...

*** Betulke adha kena ganggu dengan makhluk halus atau nampak sesuatu yang menakutkan dia...
*** Seramke citer umi ni???

Checkup Lagi...

Ni adalah gambar ubat-ubat yang umi kena makan start dari mengandung kecuali ubat iron tablets dan u-lite tu umi baru dapat tadi di klinik sek 7. Banyakkan umi kena makan ubat. Kalo ikutkan malas nak makan coz umi tak suka akan ubat. Dalam satu hari umi kena makan 5 jenis. Gambar ubat obimin takda la plak dalam gambar di atas..

Hasil checkup hari ni  tidak memuaskan hati umi. Urine umi kotor dan HB umi dah jatuh dr 11.9 tinggal 10.9. Bahaya yea kawan-kawan kalo HB rendah ini akan menyebabkan salah satu faktor kelahiran awal dr jangkaan bersalin. Bagi umi yang hamilkan kembar amatla risau coz setakat ni semua stabil tapi dah masuk 30 minggu semua kucar- kacir. Jadi untuk menaikkan balik HB umi tue doc bagi ubat Iron Tablets.

Ubat U-Lite tue adlah untuk menjernihkan balik urine umi yang kotor.(betul ke?) Memang umi dah syak dah urine umi kotor coz dari petanng semalam lagi umi rasa mcam sakit bila nak shee shee... Macam tak puas je..
Mungkin umi kurang minum air dalam 2 3 hari ni kot dan menyebabkan urine umi kotor...


*** Malam tadi mengalami kembali sakit yang menyerang umi pada khamis minggu lepas. Ya Allah kurangkanlah penderitaanku Ya Allah...