Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Ok Tak Dengan Nama Ni???

Awal sangatkah umi mencari nama untuk baby twin umi nanti? Baru 30 minggu dah sibuk cari namakan. Lantakla apa yang nak dorang cakap janji buat pilihan dari awal bagi umi senang.

Memandangkan baby umi doc cakap 80% adalah girl tapi tak mustahil akan keluar baby boykan. Jadi umi decide nak cari 4 nama iaitu 2 nama lelaki dan 2 nama perempuan. Tapi nama ni umi tak confirm lagi takut plak kang nenek nye ada nama lain plak nak letak payah plak.

Bagi nama lelaki umi berkenan sangat dengan nama ni.:

  1. Muhammad Thaqif Amsyar : Thaqif(Bijak), Amsyar (yang Cergas)
  2. Muhammad Thaqif Asyraf : Thaqif (Bijak), Asyraf( Lebih Mulia)

Bagi nama anak perempuan plak umi sangat berkenan dengan nama ni.:
  1. Nur Auni Aqilah : Auni ( Lemah lembut), Aqilah(Pandai)
  2. Nur Auni Atiqah : Auni(lemah Lembut) Atiqah (dipilih)

Apa pendapat kawan-kawan. Ok tak nama ni digunakan. Kalo kawan-kawan ada nama yang lagi baik beritahula umi yea...

Checkup 30 minggu Di SALAM

(Kaki Twins Kedua)

(Jantung Twins Pertama)

Alhamdulillah dah cecah 30 minggu kandungan umi pada hari khamis lepas(13 January). Baby twins sihat semua pekembangan ok... Cuma mamanye yang dah tak berapa nak sihat.
Umi dah start sakit belakang, kaki dan pinggang. Paling ketara kaki. Hanya Allah yang tahu sakitnye kat celah kangkang(sorry bhs kasar) umi. Nak bangun ken aberpaut pada sebarang benda yang boleh dipegang. Kalo kat katil pegang birai katil, kalo tgh henjut adha tido berpaut kat batang besi buaian. Macam orang dalam pantang dah jadinye. Menggigil badan ni menahan kesakitan. Demam jadinye. Alhamdulillah doc bagi umi rest(MC) 2 hari pada khamis dan jumaat. Hari ni masih lagi terasa sakitnye cuma tidak sekuat hari khamis hingga semalam. Nak tido lagila. Nak ngiring menitis dahulu airmata kalo nak betulkan kaki @ badan. Kuat sungguh dugaan mengandung kali ni...
Insyallah kalo still badan masih tak sihat umi akan ambil saranan doc supaya ambik cuti awal supaya tidak akan berlaku kelahiran pramature.
Alhamdulillah berat bbay twins umi dh mencecah 1 kg sorang. Maknanye umi dok usung 2 kg dalam perut umi sekarang ni. Insyallah baby twins adalah baby girl. Tak sabar nak tunggu kelahirannye...
Insyallah..