Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Tercapaikah Impian Ku Nanti??

Semuanye bermain di pikiranku sekarang nie. Lagi nak due lagi banyak benda yang nak dibuat dan di beli.
Dahulu mengandungkan adha 7 bulan barang bayi semua dah nak siap di susun dalam bakul. Tapi kali ini ntah kenapa baju bekas adha pun masih belum di kemas lagi. Umi dah siap basuh dah pun cuma nak di susun je belum. Masih banyak lagi yang tak cukup macam baju, dan mitten. Alhamdulillah, stoking kaki memang dah terlebih cukup. Kalo ikutkan baju dan mitten dah cukup tapikan umi ngandungkan kembar mana nak cukup baju si adha tue... Huhu... Insyallah hujung bulan ni baru nak gi cari...

Satu lagi menjadi kerisauan hati umi. Umi dah memang memasang niat nak BF kan bakal twin sampaikan umur mereka 2 tahun. Insyallah. Tapikan, umi masih tertanya -tanya pada diri sendiri. Apa pun persediaan mengenai penyusuan umi tak ready langsung. Setakat ceramah penyusuan tue adala umi dengar dah. Tapi dari segi keperluan dan peralatan dalam penyusuan masih belum ada.

Masih umi ingat lagi, umi membeli pam susu sewaktu pantang kan adha 3 hari. Itupun setelah mengalami bengkak susu yang ketara dan teramat sakit ye kawan-kawan. Sampaikan nak angkat tgn, nak ngiringkan badan nak nyusukan adha dah tak mampu. Demam selama 3 hari. Seksanye. Ini semua kerana tiada persediaan dari awal. Dah bengkak baru nak gi cari. Pam yang mak umi belikan adalah pam jenama pureen.

Mcama ni la lebih kurang bentuk dia. Menggunakan pam ini memeng memenatkan tgn. Hasil keluaran pun hanya mewah pada waktu mula je. pastu merundum dan menyakitkan breast umi. Nak gi cari lain, mana la nak gi cari kat kampung. Lagipun transport takda. Pakai jela.. Last campur juga dengan susu formula di kala usia adha nak cecah 1 bulan. Sedih rasanye. Kalo ikutkan taknak bagi tapi apakan daya tak tahan dengar adha menangis lapar dan bebelan dari ibu..

Hari tu gi survey ternampak pam susu jenama anakku. Harga dalam 50ringgit. Teringin nak beli tapi takut function dia sama je dengan pureen kat atas. Coz guna kekuatan tangan juga dan takut menyakitkan. Ada tak sape2 pernah menggunakan pam jenama Anakku nie?? Kalo ada tolong la sharekan hasil penggunaannye adakah memuaskan atau tidak.


Ini plak pam susu jenama mendela. Sama juga menggunakan tangan. harga dia dalam 1 rts ke atas kot. Ramai orang cakap tak menyakitkan tapi itula tak boleh buat double pumping.

Inila pam yang umi idamkan sebenarnye. Spectra 3. Boleh buat double pumping, menggunakan elektrik, boleh menjimatkan masa. Harga dalam 300ratus ke atas. Kalo beli 1 set ada dalam 6ratus lebih kot. Tapi apakan daya kewangan masih tak mencukupi untuk membeli spectra 3 ini. Harap ada rezeki boleh la beli pam susu jenama mendela(spt gbr di atas)/ S3. Insyallah..


*** Tercapaikan hasrat ku untuk menyusukan si kembar dengan susu ibu sepenuhnye???
*** Ada tak sape2 yang nak jual pam susu murah2 kat umi(bagi pinjam dahulu ke) hihihi...

Ada Yang Berminat Tak???



Ha, Umi nak let go kan kerusi makan nie. Adha tak nak duduk dalam tue...
Barang masih catik coz tak pernah pun suap makan kat adha atas benda ni..
Letak sekejap pun dh nangis.
Kalo ada yang berminat massage la kat umi yea...
Harga tak mahal kalo umi nak jual..
Dari simpan tak terpakai baik umi jual...

Ni satu lagi umi nak jual.
Handphone ni bukan umi yang punya tapi adik umi yang punya.
Jenama Nokia X3.
Baru Pakai tak sampai 3 bulan rasanye.
Function semua elok lagi.
Harga yang nak di jual dalam RM450..
Kalo ada yang berminat sms je kat number umi k...


***Hanya yang betul2 berminta nak membeli je sms yea... 0125500249